Kematian itu sesuatu yang pasti

Assalamualaikum warahmatullah...

SETIAP YANG BERNYAWA ITU PASTI AKAN MERASAI KEMATIAN

Semalam pada pukul 3 pagi waktu malaysia,seorang sahabat seperjuangan saya HANIS NAJWA BT SHAHARUDIN telah kehilangan ibu tercinta buat selama-lamanya.Benarlah bahawa Allah tidak pernah menyalahi janjiNya.Saya dan seluruh sahabat-sahabat yang mengenali dia mengucapkan takziah diatas pemergian ibunya.Saya cukup kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh sahabat saya.Masih mampu menyembunyikan rasa sedih dihadapan kami semua.Malah meminta agar kami tidak bimbang dengan dirinya.Aduh,hati mana yang tidak tersentuh saat melihat teman seperjuangan hiba menahan rasa.Saya berusaha untuk tidak menitiskan airmata saya.

Tanpa berlengah lagi sahabat saya pulang ke tanah air ditemani oleh sepupunya sendiri pada malam semalam.Saya dikhabarkan penerbangan mereka pada pukul 3 pagi waktu jordan pagi tadi.Semalam saya tidak mampu menutup mata.Dalam fikiran dan ruang mata saya hanya terbayang wajah teman tersebut.Hiba rasa hati ini melihat wajah suramnya.Seingat saya,baru pagi semalam bergurau senda bersama dia.Tiba-tiba malamnya dikejutkan dengan berita tersebut.Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya pada ketika itu.Tiada apa yang mampu saya katakan melainkan meminta supaya dia kuat dan banyakkan berdoa.

Dan selepas solat maghrib tadi,MAJLIS MAHASISWA YARMOUK telah mengadakan bacaan yassin untuk disedekahkan kepada arwah ibunya.Saya memohon agar pembaca yang membaca post saya ini menyedekahkan al-fatihah dan surah yassin kepada arwah ibu sahabat saya.Semoga arwah digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan buat sahabat saya.

Dan sukalah untuk saya menyeru dan mengingatkan para pembaca sekalian bahawa segala yang ada pada kita hari ini hanyalah pinjaman sahaja.Bila tiba sangatnya kita terpaksa memulangkan kembali kepada pemilik asalnya iaitu Allah S.W.T.Semua yang kita miliki sama ada ibu bapa,keluarga,sanak saudara,sahabat handai,harta,anggota badan kita malah nyawa kita sendiri adalah milikNya.Didiklah diri kita untuk selalu merasai bahawa ianya hanya pinjaman seketika supaya bila kita kehilangan kita mampu untuk merasa redha dengan ketentuan Ilahi.Hari ini mungkin sahabat kita yang kehilangan,mana tahu hari esok giliran kita pula untuk diuji dengan ujian yang sebegini rupa.Maka,sentiasalah muhasabah diri kita dan belajar untuk menjadi hamba yang redha dengan setiap ketentuan Yang Maha Esa.Semoga kita tergolongan dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply