2010

Assalamualaikum warahmatullah,

Tahun 2010 telah pun menjelma.Hadirnya tahun ini saya harap akan meningkatkan diri saya dari segala segi.Saya sangat bersyukur kerana 2010 ini,dimulai dengan perkara yang sangat bermanfaat pada saya.Semalam,seharian hari saya dihiasi dan diisi dengan perkara yang sangat berfaedah.Disebelah pagi,saya menghadiri sebuah program anjuran MMY yg bertajuk "MENITI PERHENTIAN TERAKHIR" yang merupakan kursus imam serta bilal dan pengurusan jenazah.Sudah terlalu lama saya mengimpikan kursus seperti ini dan alhamdulillah kursus ini membuka tirai tahun baru saya di bumi Jordan.Disebelah malamnya pula,saya ke rumah Haninah.Sudah terlalu lama rasanya saya tidak temu mata dan bertanya khabar berita.Semalam Allah beri keizinan dan kekuatan untuk saya ke rumah beliau walaupun dalam kepenatan.Namun,melihat senyum yang terukir dibibir dia saat menyambut kedatangan kami(saya & beberapa org junior saya) hilang segala kepenatan saya.Terasa aliran ukhuwah dan kasih sayang saat memeluk tubuh dia. Masyaallah,hebatnya dan nikmatnya ukhuwah yang Allah berikan pada kami.Semalam seharian saya merasakan jiwa saya terisi dengan makanan rohani.

2009 saya tinggalkan dengan penuh keazaman dalam diri.Saya mahu 2010 ini menjadi noktah bidayah untuk saya mengorak langkah menjadi hamba Allah yang sebenarnya.Saya bukan mahu menjadi hebat @ dikenali namun saya mahu saat saya dalam 2010 ini diisi dengan amalan-amalan yang mendekatkan saya dengan Rabb.Saya tutup buku 2009 yang penuh dengan nostalgia yang tersendiri dan semalam saya buku baru agar tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Pada saya 2009 ini,tahun yang sangat-sangat menguji saya.Terlalu banyak yang saya lalui dan saya belajar pada tahun 2009.Bila saya kata,saya tutup buku 2009 bukanlah bermakna saya melupakan apa yang saya alami dalam tahun 2009.Malah,apa yang saya dapat dalam 2009 itu saya jadikan pengajaran dan iktibar yang bermakna buat saya.Dan semalam,saya melangkah sebagai seorang yang baru dengan azam yang tersemat dihati.

Saya tinggalkan anda semua dengan salah 1 keazaman saya pada tahun 2010 ini."Andai semua orang terkeluar dari jalan ini,aku akan tetap berada diatas jalan ini meskipun aku sendirian".Semoga Allah menetapkan hati & langkah kaki saya diatas jalanNya yang saya yakini benar & betul.Kerna jalan inilah satu-satunya jalan yang saya yakini akan menyelamatkan saya dari hanyut dengan kemewahan dan keseronokan dunia.Semoga tahun ini,saya penuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan saya mahu menghabiskan usia remaja saya dengan perkara-perkara yang boleh membangunkan ummah.Semoga Allah membantu saya.Saya tidak kisah saya nampak tua hanya kerana saya berusaha membuat sesuatu untuk membantu ummah.Saya mohon agar kalian mendoakan saya.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply