Dia Hadiah Dari Allah Buat Saya

Assalamualaikum warahmatullah...



Dia...seseorang yang saya tak pernah bersua muka dan bertentang mata.Perkenalan hanya bermula dengan sms,berlanjutan ke panggilan telefon.Dan bila saya jauh dari tanah air, hanya sms dan ym yang menjadi penghubung.Namun,saya merasa selesa dengan dia.Selesa berkongsi rasa saya dan selesa dengan sikap prihatin dia.Sesungguhnya dia sememangnya hadiah dari Allah buat saya.Allah ambil seseorang yang saya sayang.Namun,Allah gantikan dengan seorang teman seperti dia.Biarpun usia dia jauh lebih muda dari saya,seringkali kata-kata dia melegakan perasaan saya.

Baru-baru ini,selepas pulang dari bercuti di Syria,ada beberapa perkara yang menyedihkan saya berlaku.Sampai saya rasa lemah sangat-sangat.Kebetulan dia online,tanpa membuang masa saya terus meluahkan perasaan sedih dan kecewa saya.Dan dia,begitu sabar mendengar rintihan saya.Begitu setia memberikan dorongan dan semangat.Dia pesan supaya banyakkan bersabar dan berdoa.Malamnya,saya melepaskan perasaan saya puas-puas.Saya menangis kerana sakit yang tidak terperi saya rasakan.Akhirnya,saya mampu bertenang.Jiwa saya lapang.Betapa Allah tidak pernah menganiaya saya.Betapa kasihnya Allah pada saya.Allah bagi saya ujian kemudian Allah jualah yang membelai jiwa yang sakit itu.Malah,Allah hadirkan saya seorang teman seperti dia.Kasihnya Allah pada saya.Sehingga ketika ini,saya rasa terbuai dalam belaian kasih dan cinta Allah.

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada dia kerana setia dan sabar mendengar luahan saya.Unik bukan ukhuwah dan kasih sayang ini.Tercipta tanpa pertemuan di alam nyata. Namun,kerana Allah matlamat kita,kasih sayang itu berbunga subur.Menambahkan seri dalam hidup kita.Hadirnya dia mewarnai kanvas kehidupan saya dengan warna-warna ceria.Semoga Allah redha dengan ikatan hati ini.Semoga Allah sentiasa memelihara dia dan merahmati dirinya.Sahabat yang tidak pernah saya temui,namun saya kasih padanya.Terima kasih banyak-banyak buat insan yang bernama Radeeyah.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply