SYRIA bukti indahnya ukhuwah itu....

Assalamualaikum warahmatullah...



Alhamdulillah,Allah izinkan keinginan saya untuk berkunjung ke bumi Syria tercapai pada 24 Januari 2010 yang lalu.Tak mampu saya gambarkan bagaimana perasaan saya ketika Allah beri saya peluang itu.Apa yang lebih menyentuh hati saya,kunjungan saya ke bumi Syria tersebut di'support' oleh insan-insan yang pada saya istimewa dihati saya.Istimewa bukan kerana mereka 'support' saya,tapi istimewa kerana merekalah yang sering membantu saya,merekalah yang sentiasa peduli tentang kesusahan saya.Malah,ketika fikiran berkecamuk,marah membara dalam hati pada mereka saya meluahkan rasa.

Pengembaraan ke Syria yang mengambil masa 5 hari 4 malam itu terasa sangat singkat namun penuh bermakna.Pengembaraan ke sana sangat meriah pada saya.Bukan kerana apa tapi kerana adanya insan-insan yang menceriakan hari-hari saya.Saya sangat beruntung kerana Allah menganugerahkan mereka kepada saya.Harta saya yang tak ternilai.Tentu ada antara kalian yang tertanya-tanya siapalah yang sudi support saya bercuti ke Syria.Mereka adalah budak-budak NAILAH FARAFISHAH.Merekalah ERNA MADINA,SITI FATIMAH,NURUL SALWANI DAN NOR SAADAH.Merekalah yang sudi support saya ke Syria.Belanja sebanyak 80 dinar sepenuhnya disupport mereka.Duit makan dan beli belah sahaja yang saya keluarkan.Aduh,saya sangat terharu dengan mereka.Malah sepanjang perjalanan ke Syria mereka,ija(housemate merangkap sahabat baik) dan sabarina(juga sahabat saya) telah menceriakan hari-hari saya.Saya merasa sangat beruntung kerana dalam pengembaraan ini saya terasa betapa eratnya ukhuwah saya dengan mereka.Disini,saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhinggan kepada mereka.Semoga Allah redha dengan ikatan hati kita.Saya sangat sayang kalian kerana kalian anugerah yang mahal harganya dari Allah.Terima kasih Allah kerana KAU anugerahkan mereka kepadaku.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply