Kita hanya insan fakir dan lemah

Assalamualaikum warahmatullah...


Pernahkah kita terfikir bahawa kita di dunia ini adalah fakir?Tentu ada yang hairan dengan kenyataan saya.Namun,itulah hakikat yang perlu kita sebagai hamba sedari.Kita ini sebenarnya tidak memiliki apa-apa di dunia.Kita tidak punya apa-apa,yang kita ada hanyalah Allah.Hatta insan-insan yang berada disekeliling kita ini jua bukanlah milik kita.

Firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam sebuah hadith Al-Qudsi:
Hai manusia,kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya.Oleh itu mintalah hidayah daripadaKu.

Hai manusia,kamu semua lapar,kecuali mereka yang Aku berikan makan.Oleh itu mintalah rezeki daripadaKu.

Hai manusia,kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian.Oleh itu mohonlah pakaian daripadaKu.

Segala apa yang dimiliki mahkluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz(kiasan).Segala sesuatu di alam ini semuanya adalah milik Allah dan DIAlah yang memiliki segala sifat kesempurnaan.Dengan sifat kesempurnaanNya seluruh mahkluk bergantung harap hanya kepadaNya.

Manusia,jika dia cerdik,bijak,pandai dan kaya,maka semuanya itu adalah dari Allah.Betapa ramainya manusia hari ini yang merasakan bahawa segala apa yang dia ada hari ini adalah hasil usaha dirinya semata-mata.Manusia lupa pada Allah yang mengurniakan segala kebaikan dan nikmat pada kita.

Saya terkesan dengan kata-kata sahabat saya Dr Haninah semalam.Dia kata,kita ini bila terima keputusan exam kita selalu rasa tidak cukup.Tak memadai.Tak setimpal.Kita rasa kerana kita study banyak maka kita layak dapat markah yang tinggi.Tapi kita lupa,Allahlah yang sebenarnya memberikan kita natijah tu.Allah boleh bagi berapa-berapa je yang Allah nak beri.Kalau kita usaha banyak pun tapi Allah nak bagi natijahnya sikit tetap boleh.

Allah tak pernah minta kita jadi yang terbaik tapi Dia mahu kita lakukan yang terbaik.Kerna bukanlah hasil dari usaha kita yang Allah mahu lihat tapi Allah mahu lihat usaha kita.Setelah banyaknya nikmat yang Allah berikan pada kita,layakkah kita untuk mempertikaikan segala ketentuan Allah pada kita.

Maka,saya suka memperingatkan diri saya dan anda semua bahawa apa yang kita miliki hari ini adalah kerna ihsan Allah.Kerna Allah mengasihi dan menyayangi kita.Oleh itu,ketika kita diberikan kelebihan berupa nikmat bersyukurlah.Ketika diberikan ujian maka sabar dan redhalah.Kerna kita di dunia ini fakir.Saya ulang sekali lagi FAKIR.Bukan miskin tapi FAKIR.Dan kerna fakirnya kita maka kita membutuhkan DIA dalam setiap saat kehidupan kita.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply