Archives

Aku ingin kembali kepadaMu...

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah,hari ini masih lagi diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa tuk menghirup udaraNya.Masih mampu bernafas dengan kurniaanNya.Masih diberikan pelbagai nikmat dalam hidup ini.Tapi bagaimanakah kita mengambil setiap peluang yang Allah berikan ini??Bagaimana kita mensyukuri setiap nikmat kurniaanNya??Bagaimana kita melihat cintaNya dalam setiap pemberianNya??Adakah kita ini hamba yang bersyukur??@ kita ini hamba yang kufur nikmat??

Kita buat kesilapan demi kesilapan dalam hidup.Tapi Allah dengan sifat pengampunNya mengampunkan dosa kita.Adakala kita lalai dan lupa lalu ingkar dengan perintahNya.Tapi Allah dengan sifat penyayangNya kembali menyedarkan kita.Mengambil kembali diri kita untuk hampir kepadaNya.Adakala kita hanyut dalam kehidupan duniawi.Tapi Allah dengan kemuliaan sifatnya masih mengurniakan rahmat kepada kita.

Wahai diri,masihkah kau mahu menangguhkan taubatmu sehingga ajal menjemputmu??Wahai diri,masihkah engkau mahu mempertikaikan takdirNya ke atas dirimu??Wahai diri,masihkah engkau mahu mempersoalkan dugaan demi dugaan,ujian demi ujianNya setelah pelbagai nikmat Dia berikan kepadamu??Layakkah engkau wahai diri untuk merasa bongkak dan takabur dengan apa yang kau miliki hari ini??Sedangkan segala yang kau miliki hari ini adalah kurniaanNya.Kau mendabik dada dan merasa megah dengan kekuasaan yang kau miliki hingga terlupa pada pemilik segala kekuasaan.

Ya Allah,saat dan detik ini ku hadapkan wajahku kepadaMu.Mohon diampunkan segala dosa-dosaku.Aku mohon dilahirkan semula sebagai hambaMU.Aku mohon kekuatan untuk kembali kepada fitrahku.Aku mohon diberikan ketabahan untuk aku mencari cintaMu dan cinta mereka-mereka yang mencintaiMu.Aku mohon dipermudahkan segala urusanku.Aku mohon diberikan hati yang baru kerna hati yang aku miliki saat ini kering dan tandus.
Aku mohon diberikan kekuatan untuk aku menggapai redhaMu.Aku mohon kekuatan untuk aku menyusuri jalan yang penuh berliku dan onak duri kerna hanya jalan ini yang akan membawa aku kepadaMu.