Masanya untuk bangkit semula...

Assalamualaikum warahmatullah...



Setelah hampir 3 bulan terduduk dan terpukul dengan ujian Allah bernama 'kegagalan' itu maka saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bangkit semula.Selama 3 bulan mencari kembali semangat yang hilang,kini semangat itu kembali diperolehi walaupun sedikit namun saya rasa memadai untuk menjadi pemacu saya untuk melangkah.GAGAL...Semua orang pernah mengalami kegagalan dalam hidup.Namun,kegagalan itu bukanlah satu petanda bahawa hidup kita sudah berakhir.

Ada sesuatu yang saya belajar dari kegagalan kali ini.Saya belajar bahawa kegagalan itu tidak bermakna gagal selamanya bahkan itu tanda bahawa Allah sedang memberikan perhatian yang lebih kepada saya.Sebab apa saya cakap macam tu?Sebab masa inilah Allah mahu menguji apakah kegagalan itu menjauhkan kita dariNya @ kegagalan itu membuatkan kita semakin hampir dan dekatNya.Malah ketika inilah kita diuji dengan kebenaran tawakal dan pergantungan pada Allah.Dan kegagalan saya pada kali ini,saya kira sebagai isyarat bahawa DIA sedang memangggil saya untuk kembali kepadaNya.Kegagalan kali ini membisikkan sesuatu pada saya,DIA bisa melakukan apa sahaja.Dia bisa memberikan saya kejayaan bahkan sebaliknya.

Kesakitan yang dialami dari kegagalan itu bukan sedikit.Bahkan meninggalkan kesan yang dalam buat diri.Bukan Allah tidak tahu betapa sakitnya hati dan sedihnya rasa hati kita.Allah tahu...Allah nampak.Tapi Allah mahu lihat bagaimana kita memujuk hati untuk menerima ketetapan dan takdirNya.Bukan Allah tidak tahu apa yang kita sering ungkapkan lewat doa-doa kita namun,Dia mahu menguji kita.Dan kita layak untuk diuji.Diuji dan diuji itu lumrah pada saya untuk menjadikan saya lebih kuat,lebih hebat untuk membawa amanah agama yang sangat berat ini.Maka,saya harus bangkit dan terus melangkah biar berkali-kali saya jatuh dan tersungkur.Sahabat,percayalah dengan janji Allah:"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Maka apabila engkau telah selesai(dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain).dan hanya kepada tuhanmulah engkau berharap".Al-Insyirah ayat 5-8

Hidup ini sebetulnya perlukan keyakinan kepada Allah.Bagaimana mungkin Allah akan yakin dengan kita sedangkan kita sendiri tidak yakin denganNya?Kita tidak menjadi hina dengan kegagalan.Kalaupun hina itu cuma dipandangan manusia.Sebenarnya anda mulia,bilamana anda gagal tapi anda masih meneruskan langkah anda dalam masa yang sama anda memperbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.Biarkan airmata itu merembes keluar dihadapan Al-Khaliq.Adukan padaNya kerna DIA rindu mendengarkan rintihan kita.Betapa Allah tahu airmata yang gugur itu kerna kita sedang mengakui kelemahan kita sebagai hamba.

Sekiranya ditimpa kegagalan,positiflah.Bahawa ada sinar yang menanti dihujung sana sekiranya kita tidak berputus asa.Akan tiba masanya sinar kejayaan itu bisa kita raih.Yang penting,jangan berhenti.JANGAN!!!Teruskan langkah itu dan kembali kepadaNya.Setkan dalam minda,kegagalan itu satu lumrah dan semua manusia akan melaluinya.Belajar dan perbaiki diri dari kegagalan tersebut itu lebih baik dari kamu duduk dan terus duduk merenung kegagalan tanpa ada usaha untuk kamu mengecapi kejayaan.Tersenyum dan terus melangkah...Kata seorang sahabat,Allah hanya beri yang terbaik buat hambaNya.Just accept it.Tambah seseorang lagi,yakinlah bahawa Allah bisa membuat sesuatu yang diluar sangkaan kamu.Usahalah dan serahkan urusan selebihnya kepada Allah kerna DIA lebih tahu apa yang baik buat kamu.Terima kasih atas nasihatnya.(^_^)

p/s:hajat doa dari sekalian pembaca supaya Allah memberikan kekuatan dan memudahkan segala urusan saya dalam imtihan awal yang bakal saya tempuh minggu depan.Semoga Allah redha dengan kita semua.(^_^)

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply