Archives

SELAMAT HARI LAHIR AYAH...

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ini bertarikh 1/9/2009 merupakan hari lahir ayahanda kesayangan saya...Saat ini kerinduan pada ayah bonda semakin menyesakkan dada...Saya sangat berbangga memiliki seorang ayah seperti dia...Saya masih ingat lagi setiap kali saya dapat keputusan periksa ayah tak pernah lupa menitipkan ucapan tahniah dan usaha lagi..walau macam mana sekali pun keputusan saya pasti 2 kalimah itu yang akan dituturkan...

2 kalimah itu masih dituturkan sehingga ke hari ini...Ayah saya bukanlah seorang begitu senang menzahirkan perasaan beliau..Tapi apa yang beliau rasa dizahirkan melalui tingkah laku...Saya ingat lagi senyuman di wajah ayah ketika berita kejayaan saya melanjutkan pelajaran ke jordan di khabarkan...Senyuman tanda kepuasan yang tak terhingga meskipun dia tahu belanja belajar di jordan agak mahal ...meski dia tahu dia harus berkorban dan berusaha keras demi saya...Selepas berita kejayaan saya diketahui hampir semua yang saya inginkan saya perolehi...Malah ayah telah membelikan saya sebuah laptop semata-mata kerana saya akan ke jordan..

Kasih ayah yang tiada tandingan...Saya sebenarnya sangat terharu dengan pengorbanan ayah..Saya berazam untuk tidak mengecewakan ayah dan menyia-nyiakan segala titik peluh ayah...Saya mahu memberikan kejayaan yang cemerlang untuk ayah sebagai hadiah segala pengorbanan dan titik peluhnya...

Andai saya mampu menyatakan betapa sayangnya saya kepada insan ini...Saya ingin sekali mengucup tangan dan kedua belah pipinya malah saya ingin sekali mengucapkan "SYU SAYANG AYAH SANGAT-SANGAT....DAN TERIMA KASIH AYAH UNTUK SEGALA-GALANYA"

Malam ini ingatan saya terbang melayang ke tanah air ...Saya rindukan ayah,saya rindukan emak,saya rindukan kakak-kakak saya dan abang-abang saya,saya rindukan sahabat-sahabat saya,saya rindukan guru-gru saya,saya rindu pada sis suhaila,saya rindu pada sis nisa',saya rindukan segal-galanya di malaysia...Saya ingin pulang mengubat kerinduan ini namun apakan daya saya harus berada di sini..Saya harap saya akan pulang tahun hadapan..

Akhir kalam,saya ingin mengucapkan selamat hari lahir buat ayah tercinta...Moga ayah sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Ilahi..Doakan anakanda disini...

Salam jejak!!

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah akhirnya berjaya menerbitkan blog ini, setelah menanti hampir sedekad dan seabad untuk ciksantun meluangkan masa membantu saya menerbitkan blog ini..

Hari ini bertarikh 31 Ogos 2009, merdeka nya Malaysia kali ke 52, bermulalah jejakku memulakan blog ini yang diberi nama menjejak impian, menggapai harapan di Bayt Insyirah, memang rumah yang sangat berjasa, selaras dengan kejasaan ahli2 nya..

Tujuan saya terbuka hati mahu berblog ini adalah dek kerana lambakan2 blog yang pada saya kurang berfaedah. Jadi, amat penting lah bagi saya untuk bersama menyumbang ketidakfaedahan itu.. Bukanlah itu maksud sebenar saya, tetapi yang sebenarnya adalah saya berharap agar blog ini mampu memberi manfaat bukan sahaja bagi diri saya bahkan kepada sesiapa yang mengikutinya terutama ahli bayt Insyirah yang disayangai dan dikasihi, dan bakal dirindui, =P..

Dan blog ini diberi nama menjejak impian menggapai harapan kerana berkelananya saya di dataran Syam ini adalah untuk merealisasikan harapan dan impian kedua ayah bonda tercinta. Harapan yang bagaimana?? Begini! Sudah tentu mak ayah kita mengharapkan anak yang mampu menyampaikan ilmu bukan untuk diri sendiri serta keluarga, malah seluruh umat amnya!! Jadi, saya berpendapatan blog ini adalah salah satu ruang untuk menyampaikan ilmu yang saya miliki serta berkongsi pengalaman.

Akhir kalam, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Shafiqah yang byk membantu dalam kerja2 teknikal, Shaheera yang banyak memberi komen yang memberangsang dan membina serta bernas, juga tidak dilupakan kepada Azimah yang turut menyumbangkan tenaga dalam pembikinan air nescafe yang sedap (sebenarnya aku tak minum lagi!!)..

Jadi, apa yang berfaedah itu, diambil dan dimanfaatkan bersama, dan segala yang tak berfaedah itu dibuang sejauhnya!!

Disini sahaja dulu muqaddimah menjejak impian menggapai harapan!!