Archives

SENANDUNG HATIKU


Assalamualaikum warahmatullah,

Tika dan saat ini,hati saya mengalunkan lagu duka sebenarnya.Namun,saya cuba sedaya upaya untuk terus mengorak langkah dan mengukir senyuman penuh keikhlasan.Saya cuba untuk bertahan meski terlalu sukar untuk saya lakukan.Maka,izinkan saya melagukan senandung hati saya disini.Sekadar untuk meluahkan.





Awan itu mendung,
Siang jadi suram,
Malam jadi kelam,
Tiada sinaran mentari,
Jua bintang bekerlipan,
Mahupun rembulan,
Yang menemani,
Lalu yang terlihat,
Hanya sepi & sunyi.

Aku cuba mengukir senyuman,
Menyingkir resah di sanubari,
Aku cuba menjadi tabah,
Menangkis derita yang mendatang,
Jiwa ini terasa sakit,
Sakit yang bukan sedikit,
Kerna...
Ada rindu yang bertamu,
Ada derita yang mendatang,
Ada sepi & sunyi,
Yang tak bisa aku mengerti,
Dan akhirnya,
Menjemput airmata yang sukar terhenti.

Apa yang kumahu,
Awan itu kembali cerah,
Siang yang suram jadi ceria,
Malam yang kelam jadi terang,
Biar mentari menyinari siangku,
Biar bintang & rembulan menemani malamku,
Agar sepi & sunyi ini,
Bisa mencipta damai & bahagia,
Buat hati yang sedang derita.

Aku mahu terus tersenyum,
Meskipun aku resah,
Aku mahu terus tabah,
Meskipun aku kan rebah,
Aku mahu terus tenang,
Meskipun aku sedang gelisah,
Aku mahu terus bahagia,
Meskipun aku teruji olehNya.

Biar cintaNya aku raih dengan gigih,
Biar sayangNya aku dakap penuh hangat,
Biar kasihNya aku peluk penuh erat,
Biar DIA saja yang memenuhi ruang hati,
Biar DIA saja yang menemani diri ini,
Agar bahagia & damai yang kuimpi,
Bukan lagi 1 mimpi,
Bahkan ia jadi realiti.

Harapan Hatiku



Assalamualaikum warahmatullah..

Sekadar coretan yang teramat ringkas bagi menyatakan isi hati saya...


"Tulus sucikah hati ini mencintaiMu sepenuh hati,
Kerana ku akui hati ini masih diselimuti cinta duniawi,
Tulus sucikah jiwa ini mendambakan CintaMU,
Sedang dihati cinta manusia yang ku cari,
Ya Allah,lemahnya aku,
Betapa kerdilnya aku,
Betapa hinanya aku,
Mampukah untuk meraih cintaMu yang satu,
Agar derita & kecewa x kurasai
Dan moga cintaMu kan terus bersemi dihati ini"

Moga diberikan kekuatan untuk meraih cinta yang abadi ini..Ameen...

DOAKAN SAYA....



Assalamualaikum warahmatullah...
Bermula pada 9/12/09 iaitu pada hari rabu ini saya akan menduduki imtihan thani bagi fasal ini.Maka saya memohon agar anda semua sudi untuk medoakan kejayaan saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya serta senior dan junior saya yang sedang mengembara ke dataran syam ini bagi menimba ilmu Ilahi.Disini saya sertakan jadual imtihan saya sebagai tatapan dan sekadar pemberitahuan sahaja.


9/12/09-Qawaid Lughawiah fi Usul Feqh(1)
10/12/09-Madkhal ila Aqidah Islamiyah
13/12/09-I'jaz Quran
17/12/09-Feqh Ibadah(2)



Satu lagi maddah yang saya ambil sem ini masih tidak diketahui tarikahnya.Apapun saya mengharapkan doakan kalian untuk saya."Ya Allah,sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada ISLAM dan perjuangan,maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara.Dan sekiranya kejayaanku membuatkan aku jauh dari ISLAM dan perjuangan,maka KAU lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku.Kerana aku mengimani,tiada yang ENGKAU takdirkan sia-sia,melainkan ada hikmah yang belum tersingkap"Ameen...

Kematian itu sesuatu yang pasti

Assalamualaikum warahmatullah...

SETIAP YANG BERNYAWA ITU PASTI AKAN MERASAI KEMATIAN

Semalam pada pukul 3 pagi waktu malaysia,seorang sahabat seperjuangan saya HANIS NAJWA BT SHAHARUDIN telah kehilangan ibu tercinta buat selama-lamanya.Benarlah bahawa Allah tidak pernah menyalahi janjiNya.Saya dan seluruh sahabat-sahabat yang mengenali dia mengucapkan takziah diatas pemergian ibunya.Saya cukup kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh sahabat saya.Masih mampu menyembunyikan rasa sedih dihadapan kami semua.Malah meminta agar kami tidak bimbang dengan dirinya.Aduh,hati mana yang tidak tersentuh saat melihat teman seperjuangan hiba menahan rasa.Saya berusaha untuk tidak menitiskan airmata saya.

Tanpa berlengah lagi sahabat saya pulang ke tanah air ditemani oleh sepupunya sendiri pada malam semalam.Saya dikhabarkan penerbangan mereka pada pukul 3 pagi waktu jordan pagi tadi.Semalam saya tidak mampu menutup mata.Dalam fikiran dan ruang mata saya hanya terbayang wajah teman tersebut.Hiba rasa hati ini melihat wajah suramnya.Seingat saya,baru pagi semalam bergurau senda bersama dia.Tiba-tiba malamnya dikejutkan dengan berita tersebut.Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya pada ketika itu.Tiada apa yang mampu saya katakan melainkan meminta supaya dia kuat dan banyakkan berdoa.

Dan selepas solat maghrib tadi,MAJLIS MAHASISWA YARMOUK telah mengadakan bacaan yassin untuk disedekahkan kepada arwah ibunya.Saya memohon agar pembaca yang membaca post saya ini menyedekahkan al-fatihah dan surah yassin kepada arwah ibu sahabat saya.Semoga arwah digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan buat sahabat saya.

Dan sukalah untuk saya menyeru dan mengingatkan para pembaca sekalian bahawa segala yang ada pada kita hari ini hanyalah pinjaman sahaja.Bila tiba sangatnya kita terpaksa memulangkan kembali kepada pemilik asalnya iaitu Allah S.W.T.Semua yang kita miliki sama ada ibu bapa,keluarga,sanak saudara,sahabat handai,harta,anggota badan kita malah nyawa kita sendiri adalah milikNya.Didiklah diri kita untuk selalu merasai bahawa ianya hanya pinjaman seketika supaya bila kita kehilangan kita mampu untuk merasa redha dengan ketentuan Ilahi.Hari ini mungkin sahabat kita yang kehilangan,mana tahu hari esok giliran kita pula untuk diuji dengan ujian yang sebegini rupa.Maka,sentiasalah muhasabah diri kita dan belajar untuk menjadi hamba yang redha dengan setiap ketentuan Yang Maha Esa.Semoga kita tergolongan dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

sejenak bersama rabbani

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari bersamaan 23/11/2009 bersamaan 6 zulhijjah 1430 hari isnin,merupakan tarikh yang cukup bermakna.Terubat rasa rindu pada tanah air dengan kedatangan rombongan KEMBARA ILMU BERSAMA RABBANI DAN KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB tajaan AL-BAYAN.Al-Bayan ini merupakan sebuah pusat kursus bahasa arab.Saya difahamkan Al-Bayan ini berada dibawah Uni. Malaya(UM).Dalam post saya kali ini,saya sertakan sedkit gambar yang sempat saya rakamkan ketika konsert Rabbani di Uni Yarmouk,Irbid Jordan.


KENANGAN BERSAMA ROMBONGAN MALAYSIA


BERSAMA ANGGOTA RABBANI


RABBANI LIVE IN YARMOUK UNIVERSITY

Inilah beberapa gambar yang sempat saya rakamkan pada kali ini.Nak upload lagi tp tenet agak lambat hari ini..huhuhu..Maka,hari ini rindu saya pada malaysia sedikit terubat dgn kehadiran mereka...

DOAKAN SAYA....




Assalamualaikum warahmatullah...

Minggu ini telah bermulanya fatrah imtihan awal bagi uni yarmouk.Ada beberapa orang sahabat saya dan adik-adik saya yang telah mula imtihan mereka.Saya pula akan memulakan imtihan pada minggu hadapan.Disini saya sertakan jadual imtihan saya supaya anda para pembaca boleh menembakkan doakan kalian kepada saya.

11/11/09-Qawaid Lughawiah fi usul feqh(1)
12/11/09-Madkhal Ila Aqidah Islamiyah
15/11/09-I'jaz Quran
19/11/09-Feqh Ibadah (2)
23/11/09-Maharat Hayatiah

Jadi,saya berharap agar kalian sudi mendoakan kejayaan kami..kerana kejayaan kami adalah kejayaan islam jua...Kepada sahabat-sahabat dan adik-adik semua selamat menjalani imtihan dengan jayanya...Semoga Allah memberikan kita semua kejayaan yang cemerlang bukan saja di dunia malah di akhirat sana...

CINTA SEORANG WANITA..

Nie sebenarnya lirik nasyid..tapi not sure la lagu ke nasyid..yang pasti saya sangat tertawan dengan senikata dan suara si penyampai..hehehe..nanti cari sendiri ye kat youtube kalo nak dengar la..


Bagaikan rembulan menyinari malam
Kerlipan bintang turut bersama
Seorang wanita yang ada padanya
Keunggulan hati kurniaan Yang Esa

Kelembutan dari wajah yang sepi
Seindah sejernih air dikali
Jasamu tiada terbanding
Hanya mengharap keredhaanNya

Cintamu hiasan rumah impian
Kasihmu sesuci nan abadi
Kemewahan dunia tiada diingini
Meyakini syurga janjiNya Ilahi

Cintamu hanya pada Yang Satu
Kasihmu murni disulami rindu
Hanya padaNya tempatmu mengadu
Harapkan kasih kekal dalam restu

Muhasabahlah Duhai Diri...

Assalamualaikum waahmatullah...

Hari ini saya ingin berkongsi kata-kata dari Syeikh Abdul Qadir Jailani.Kata-kata ini saya perolehi dari blog seseorang.Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani:

"Jika kamu bertemu dengan orang tua,bisikkan kepada hatimu,ia orang tua pasti pahalanya lebih banyak bertimbun".
"Jika kamu bertemu dengan orang muda,maka bisikkan kepada hatimu,ia orang masih muda,dosanya pasti lebih kurang berbanding diriku".
"Jika kamu bertemu dengan mulia,maka bisikkan kepada hatimu,ia orang alim,pastinya lebih mulia berbanding diriku".
"Jika kamu bertemu dengan orang jahil,maka bisikkan kepada hatimu,ia orang jahil,ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui".
"Jika kamu bertemu dengan pelaku maksiat,maka bisikkan kepada hatimu,ia orang maksiat,namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku.Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku".

Maka,renungkanlah duhai manusia.Muhasabahlah dirimu.Tiada guna kita membangga diri dengan amalan-amalan kita.Jadikanlah kata-kata ini sebagai pedoman untuk kita meningkat amal ibadah kita dalam meraih keredhaan dan syurga Allah.Peringatan buat diri sendiri dan buat semua pembaca.Semoga Allah meredhai kita semua.

Cinta Itu 1 Anugerah Allah

Assalamualaikum warahmatullah...

Sudah lama rasanya saya tidak meninggalkan jejak di blog ini.Dihambat kesibukan belajar dan amanah-amanah yang terpikul dibahu menjadikan blog ini sepi seketika dari jejak saya.Post saya pada kali ini akan menyentuh tentang cinta.Mungkin ramai pembaca tertanya-tanya kepada saya secara tiba-tiba menyentuh soal ini.Saya sebenarnya bukanlah orang yang berpengalaman untuk berbicara soal ini.Namun,apa yang saya utarakan dalam post kali ini lebih kepada pandangan saya tentang cinta.Saya tulis post cinta kali ini bukan kerana saya dilamun cinta.Tetapi kerana saya melihat cinta manusia pada hari ini semakin rendah nilainya.

Bila menyebut tentang cinta,apakah yang terbayang dibenak kalian para pembaca sekalian?Apakah maksud cinta itu pada kalian semua?Pada saya,cinta itu terlalu abstrak untuk dimengertikan.Terlalu meluas maknanya.Cinta pada Allah itu cinta,cinta pada rasul itu cinta,cinta pada ibubapa dan keluarga serta sanak saudara itu cinta,cinta pada sahabat itu juga cinta,cinta pada alam dan haiwan itu juga cinta malah ada satu cinta yang saya pasti akan terlintas dibenak kalian bila berbicara mengenai cinta iaitu cinta seorang lelaki/perempuan terhadap perempuan/lelaki.

Namun,apa yang saya ingin perkatakan disini adalah bagaimana cinta itu disalurkan dan kepada siapa cinta itu tertumpah?Terlalu ramai kenalan saya yang terjebak dengan masalah berkaitan cinta ini.Hari ini,kita melihat masalah tentang cinta ini semakin diperkatakan.Seolah-olah kita diciptakan ke dunia ini untuk tujuan itu.Bukahkah Allah telah menyatakan dengan jelas dalam kitab suci al-quran,tujuan kita diciptakan ke dunia ini adalah untuk beribadah kepadaNya.

Tapi ini tidak bermakna saya menolak hakikat bahawa cinta itu perlu dalam kehidupan kita.Macam yang saya katakan sebelum ini,cinta itu meluas.Bukan hanya sesama manusia sahaja.Namun,topik ini mungkin lebih menjurus kearah cinta sesama manusia.Perlu kita ingat bahawa cinta ini adalah 1 anugerah dari Yang Maha Esa kepada kita hamba-hambaNya.Sama ada kita sedar @ tidak kita lahir kedunia ini pun kerana adanya cinta antara ibu dan ayah kita.Kita ini adalah bukti cinta sebenarnya.

Realiti hari ini sebenarnya amat menyedihkan saya.Masalah cinta anta anti semakin hebat diperkatakan.Satu ketika dahulu saya tidak pernah terpikir akan wujud masalah cinta anta anti ini.Tetapi apabila melihat realitinya hari ini hati saya rasa sebak dan sedih yang tidak terkira.Anda tahu apakah yang membuatkan saya jadi sedih dan sebak???Kerana rata-rata mereka yang terjebak dalam masalah ini adalah mereka yang tahu akan hukum hakam.Yang rata-ratanya adalah pelajar-pelajar jurusan agama.Menyedihkan bukan apabila mereka-mereka yang menjadi harapan ummah ini terlalai dan hanyut dengan nafsu.

Saya menulis post ini bukan kerana saya membenci mereka namun kerana saya menyayangi mereka.Ada beberapa kenalan yang sangat saya sayangi terjebak dengan masalah ini.Dalam post nie,saya x mahu menyatakan bahawa hukum berkapel @ dating dan sebagainya.Sebab saya yakin anda semua tahu.Namun,apa yang saya ingin perkatakan adalah,pernah anda semua terfikir kenapa Allah melarang semua perkara tersebut.Pernah terfikir???Jika anda tidak pernah terfikir maka mulalah untuk berfikir tentang persoalan ini.

Saya dahulunya pernah dinasihatkan supaya sentiasa menjaga diri dari terjebak dengan masalah cinta.Bila ada orang yang berkata begitu maka saya kembali mempersoalkan kepada dia kenapa tidak boleh?Adakah cinta itu salah?Namun jawapan yang saya terima sangat mendukacitakan saya.Jawapannya kerana Allah suruh..Ye!Saya tahu bahawa Allah yang melarang perkara tersebut tapi apakah relevennya?Itu yang saya mahu tahu.

Saya tidak menemukan jawapannya secara direct.Namun,saya menemui betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita.Kenapa saya kata begitu,kerana Allah menurunkan bersama cinta itu panduan agar kita tidak terpesong dalam mengendalikan cinta kita.Tapi,berapa ramai yang mengambil panduan yang Allah turunkan ini???

Pernahkah anda semua terfikir bagaimana jalan raya tanpa peraturan dan lampu isyarat?Mungkin sahaja akan berlaku kacau bilau dan perlanggaran bukan?Samalah keadaannya dengan cinta.Cinta yang dipandu @ dikendalikan tanpa mengikut pandua dan peraturan yang Allah turunkan pasti akan membawa kepada kemusnahan.

Mungkin ada yang mempertikaikan apa yang saya katakan ini.Namun,layakkah anda untuk mempertikaikan segala hukum yang Allah turunkan.Sedangkan Allah yang menciptakan kita.Tentu saja DIA lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.Kerana itulah Allah menurunkan Al-Quran sebagai pedoman dan Allah turunkan rasul sebagai CONTOH TELADAN yang terbaik buat kita.Tapi sejauh mana kita mengambil perhatian tentang ini?Sejauh manakah kita peduli tentang semua ini?

Saya pernah bertanya kepada seorang kakak kenapa manusia ini seringkali melakukan maksiat sedangkan dia tahu perkara itu salah...Jawapan yang saya terima adalah NAFSU!!!Ye!Nafsu.Itulah jawapannya.Kita tidak mampu mengekang gelojak nafsu yang membara dalam jiwa kita lalu jadilah kita hamba nafsu.Segala ilmu yang kita ada bagai tiada guna kerana nafsu telah menguasai kita.Maka,kawallah nafsumu bukan kamu yang dikawal oleh nafsu...Peringatan buat diri sendiri jua..Bimbang jua andai diuji untuk membuktikan kata-kata saya ini.Moga Allah melindungi saya dan anda semua.

Bagi yang telah terjebak,saya nasihatkan kembalilah ke pangkal jalan.Bagi yang belum terjebak,peliharalah diri kalian dan jangan pernah cuba untuk menghampiri.Bagi yang hampir-hampir terjebak,bermujahadahlah dalam mengawal nafsu kalian.Saya doakan agar kita semua berjaya keluar dari masalah ini.Ya Allah,pelihara dan lindungilah kami dari melakukan maksiat kepadaMu,Peliharalah kami dari melakukan laranganMu,berikanlah kami kekuatan untuk melaksanakan suruhanMu.Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu dengan rahmatMu.Ameen.

Peliharalah anugerah yang telah Allah kurniakan ini.Jangan kita cemari cinta yang suci ini dengan kotoran-kotoran maksiat dan dosa.Jangan biarkan cinta kita kepada manusia melebihi cinta kita kepada Yang Esa.Jangan hanyut dengan cinta manusia sehingga kita lalai mencintaiNya.DIAlah pemilik cinta abadi.Cinta kepadaNya kita tak kan pernah terluka apatah lagi kecewa merana.Cinta kepadaNya membuatkan kita damai dan bahagia.Tanpa ada keluh kesah dan derita jua airmata kecewaan.Yang ada hanya bahagia dan airmata penuh kerinduan dan kegembiraan.Sandarkanlah rasa cinta kita kepadaNya agar kita sentiasa dalam redhaNya.

Saya Agak Sibuk...

Assalamualaikum warahmatullah...

Minggu ini dan beberapa minggu seterusnya saya agak sibuk sedikit.Bulan 11 ini saya akan mula imtihan awal saya.InsyaAllah,setiap hari sabtu petang saya akan diisi dengan kelas bahasa arab untuk memantapkan lagi bahasa arab saya.Setiap hari jumaat pagi pula saya akan ke kelas tafaquh(doakan saya istiqomah).Jadi saya mungkin akan sibuk berada di maktabah untuk study dan mencari bacaan tambahan.Jadi saya mohon agar pembaca semua dapat mendoakan saya agar kuat dan istiqomah dengan semua yang saya lakukan sekarang.

Selamat Hari Lahir Buat Diriku


Assalamualaikum warahmatullah....


21 tahun yang dulu,pada 4/10/1988 telah lahirlah seorang anak perempuan bagi pasangan suami isteri en. abdullah dan pn. zaliha di hospital kuala lumpur...anak perempuan tersebut diberi nama UMMI SYUHAIRAH...itulah diriku...maka hari ini,4/10/2009 saya telah berusia 21 tahun...alhmdulillah,nikmat usia yang Allah kurniakan pada hambaNya...


Pada tahun ini,saya menyambut ulang tahun kelahiran saya di perantauan sama seperti tahun lepas...huhuhu,sedih kerana tak dapat sambut dengan family..kalau tidak mesti mak masak yang sedap-sedap...Tapi tak mengapa...Di bumi jordan ini,saya berkongsi tarikh lahir bersama 2 orang lagi insan yang berpangkat adik kepada saya...1 tarikh lahir 3 generasinya di sini...


Selama 21 tahun saya diberi kesempatan hidup ini,saya merasakan amat terharu terhadap segala yang Allah kurniakan kepada saya...Maka,hari ini saya memasang azam dan tekad dalam hati saya..Dengan nikmat usia yang Allah kurniakan ini,saya mahu menjadi seorang hamba yang jauh lebih baik dari hari-hari semalam...saya tidak mahu menyia-nyiakan nikmat yang Allah berikan kepada saya...Saya mahu mendidik diri saya untuk lebih matang dalam kehidupan dan dalam menjalankan amanah islam....


Menjalani kehidupan selama 21 tahun ini,terlalu banyak pengajaran dan pengalaman yang saya alami..Moga segalanya dapat menberi manfaat pada diri saya dalam membentuk diri saya menjadi muslimah mu'minah...Saya mohon agar para pembaca sekalian dapat menebak doa buat diri saya...Agar saya sentiasa menjadi hambaNya yang istiqomah diatas jalan dakwah dan tarbiyah...Semoga Allah meredhai saya dan anda semua...


Akhir kalam,dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada fatimah and hanis najwa....semoga bertambah umur,bertambah matang,bertambah amal,bertambah iman dan bertambah taqwa...Gunakanlah nikmat usia yang Allah kurniakan ini sebaik mungkin...Semoga Allah redha dengan saya,dengan kalian berdua...

Kembali mengatur langkah

Assalamualaikum warahmatullah...




Semalam 27hb september 2009 saya secara rasminya telah melangkah ke tahun 2 di yarmouk university jordan....Alhamdulillah,setinggi-tinggi rasa kesyukuran saya panjatkan ke hadrat ilahi diatas ni'mat kurniaNya ini....Untuk sem 4 nie saya mengambil 6 maddah(subjek)...Meskipun saya rasa mungkin agak sukar bagi saya tapi saya cuba membina keyakinan dalam diri saya disamping mendidik saya untuk lebih berusaha keras dan lebih serius dalam pembelajaran saya...Malah saya bertekad untuk memperbaiki diri saya untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa disamping menjadi senior yang baik buat adik2 junior saya...



Kehadiran mereka sedikit sebanyak memberikan rangsangan yang sangat luar biasa kepada saya...sebabnya adik2 saya yang datang ini semua bukan calang2 orangnya..hebat2 belaka...Mudah-mudahan kalian akan sentiasa menjadi yang terhebat..insyaAllah....Tengah hari tadi adik2 saya ini telah mengambil imtihan untuk markaz lughah(pusat bahasa)...Melihat kerenah mereka saya teringat ketika mula2 saya dan sahabat2 mengambil imtihan ini...Kerenah mereka membuatkan saya tersenyum...Melihat mereka keluar dengan senyuman terbang segala kepenatan saya yang menanti mereka...Yelah,habis saja kelas saya terus mengatur langkah ke markaz lughah...Pada saya,adik2 ini sangat2 beruntung kerna memiliki senior2 seperti kami semua..hehehe...bukanlah untuk membangga diri atau riak tapi itulah hakikatnya..Mudah-mudahan kalian juga begitu nanti ye...


Kembali kepada cerita pengajian saya...Sem ini saya ambil 2 maddah fiqh,3 maddah usul dan 1 maddah tarbiyah...2 maddah fiqh saya ialah fiqh ibadah(2) dan qawaid lughawi fi usul fiqh...Kedua-dua kelas ini saya ambil bersama 2 orang sahabat seperjuangan...3 maddah usul pulak ialah i'jaz quran,madkhal ila aqidah dan tafsir(1)...Maddah i'jaz dan madkhal saya ambil bersama dengan seorang sahabat setakhasus....manakala maddah tafsir mungkin keseorangan...Mungkin saya saja pelajar malizi...huhuhu..Takut2!!!!1 lagi maddah untuk melengkapkan 6 maddah ialah maddah kuliah tarbiyah...Maddah ini adalah maddah ikhtiari... nama maddah ini adalah maharat hayatiah...Berkaitan dengan kehidupan seharian kita...Pasal cara belajar,jawab imtihan dan sebagainya....Maddah ini diambil bersama seorang sahabat sebatch dan seorang senior....(tapi senior ni tak mau amik dengan saya)huhuhu..sedih2....


Dengan 6 maddah ini saya mensasarkan muaddal saya jaid jiddan....Maka,saya mohon kepada pembaca sekalian untuk mendoakan saya....Doakan semoga saya terus istiqomah dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai hambaNya dan sebagai pelajar....Doakan moga apa yang saya sasarkan ini menjadi kenyataan...Doakan moga saya kuat menongkah arus hidup yang kian mencabar...Doakan saya kuat menghadapi segala ujian dan tarbiyah Allah terhadap saya...Dan doakan semoga apabila saya menjejakkan kaki ke bumi malaysia selepas tamat belajar,saya mampu menyumbang untuk islam dan masyarakat...Impian saya,saya mahu pulang dengan menghadiahkan kejayaan saya ini kepada ibubapa tercinta....Impian saya yang lebih besar dari itu,saya mahu mengubah aqidah masyarakat kita...supaya kita sama2 meniti ke syurga ilahi dengan penuh keredhaanNya....Ameen....

Ramadhan kan pergi.....

Assalamualaikum warahmatullah....

Ramadhan kian hampir ke penghujungnya...Terlalu cepat ku rasakan ramadhan kali ini berlalu... Bagaimana dengan tahap keimanan kita semua??Jika meningkat alhamdulillah....Ramadhan merupakan satu madrasah tarbawi...Yang akan mendidik iman kita untuk kita melalui 11 bulan yang lain...Maka dalam bulan ini,Allah telah melimpahkan bermacam-macam kurniaNya kepada hamba-hambaNya....Jadi seharusnya kita mengambil segala peluang yang telah Allah sediakan untuk kita ini dengan sebaik-baiknya...

Kita tidak tahu,apakah kita akan hidup lagi untuk hari esok....Apakah kita akan dipanjangkan umur dan akan bertemu lagi dengan ramadhan ini....Maka seharusnya peluang kita pada ramadhan kali ini digunakan dengan sebaik mungkin....Mungkin saja ini ramadhan kita yang terakhir....Mungkin inilah terakhir kalinya kita diberi peluang unutk beramal dengan sebaik-baiknya...Mungkin esok @ lusa Allah akan mengambil semula nyawa yang telah DIA pinjamkan pada kita ini....

Tadi mungkin akan jadi solat terawih yang terakhir untuk ramadhan kali ini andai hari ahad ini kita akan menyambut syawal...Imam Syeikh Ma'mun membaca doa yang sangat panjang dan sangat mendayu sehingga menitis air mata saya dan jemaah yang lain....Saya merasakan ruh ramadhan menyerap masuk ke dalam jiwa saya pada ramadhan kali ini...Saya merasakan ramadhan kali ini sangat bererti pada diri saya meskipun saya jauh dari keluarga....Malah,saya bimbang andai ini ramadhan saya yang terakhir....Kepergian ramadhan saya tangis kerna saya tidak tahu apakah saya akan bertemu dengan ramadhan lagi...Kehadiran syawal saya syukuri kerna inilah hari kemenangan bagi umat islam yang telah Allah sediakan...

Maka saya dikesempatan ini,saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari raya.. Maaf zahir dan batin....Doa agar Allah memanjangkan usia saya agar saya dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini....Ya Allah,terimalah puasa kami ini...Janganlah KAU jadikan puasa kami sekadar sia-sia menanggung lapar dahaga semata-mata....Terimalah amalan kami ini....Dan KAU masukkanlah kami semua ke dalam syurgaMu dengan rahmat dan kasih sayangMu..Kami hambaMu yang lemah maka bantulah kami dan berikanlah kemenangan ke atas islam...Ya Allah,perkenan kanlah permintaan kami ini Ya Rabul Izzati....Ameen...

Ambillah iktibar darinya...

Assalamualaikum warahmatullah...

Saya baru saja pulang dari rumah persatuan(Bayt Permai) menonton tayangan video bertajuk KUN FAYAKUN....Ceritanya memang penuh dengan iktibar...Cerita ini berkisar tentang kehidupan seorang tukang kaca... Mereka xdelah hidup mewah sangat pun tapi cukup makan dan pakai cume pada satu ketika Allah menguji dia...Dia sangat mengharapkan agar salah satu dari kacanya terjual tapi sampai satu ketika Allah uji dengan terpecahnya kaca tersebut...Tapi dalam masa yang sama Allah memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka melalui anaknya...

MasyaAllah,melihat cerita tersebut membuatkan saya merasa peritnya dan susahnya ayah saya mahu mencari sesuap nasi buat mengisi perut saya sekeluarga....Dan memberikan saya satu pengajaran betapa perlunya kita bergantung harap hanya padaNya...DIA tidak pernah sekali-kali memungkiri janjiNya pada kita...DIA Yang Maha Memberi Rezeki...tidak pernah membiarkan kita kelaparan...DIA tidak pernah menyia-nyiakan permintaan dan usaha hamba-hambaNya...Subhanallah....Betapa pengasih dan penyayangnya Allah pada kita hamba-hambaNya....

Jadi,saya menyeru hati saya dan anda semua agar menguatkan keyakinan dan pergantungan kita kepada Allah disamping melipat gandakan usaha kita...Hanya DIA yang akan memperkenankan segala apa yang kita hajati dan ingini...Maka,jadilah kita hambaNya yang bersyukur dan bertaqwa kepadaNya...

P/S:kalo nk tgk try cari kt youtube ye..citer nie bagus sgt2...

Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ini 19 ramadhan 1430h bersamaan 9/9/09.Fasa ke2 ramadhan kian hampir ke penghujungnya.2/3 ramadhan hampir berlalu,bagaimana agaknya iman dan amalan kita?? Bertambahkah @ masih statik seperti dulu??

Post saya kali ini,saya ingin berbicara dengan sedikit ilmu yang saya miliki,yang telah Allah anugerahkan untuk saya tentang kelebihan 10 malam terakhir ramadhan...Saya pohon dari para pembaca seandainya ada kesilapan maka tegurlah saya...

Diantara kelebihan 10 malam terakhir adalah:
1)Nabi Muhammad S.A.W memperbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir ramadhan melebihi malam-malam sebelumnya.Saidatina Aisyah R.A berkata yang bermaksud:"Rasullah S.A.W apabila masuk 10 malam terakhir ramadhan,baginda menghidupkan malam(dengan beribadah),mengejutkan keluarganya(bangun beribadah),bersungguh-sungguh(dalam beribadah) dan beruzlah(mengasingkan diri)daripada isteri-isteri baginda.(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
2)Pada 10 malam terakhir ini ada 1 malam yang dinamakan malam lailatul qadar.Pada malam inilah al-quran telah diturunkan sebagaimana firman Allah dalam surah al-qadar ayat 1 yang bermaksud:"Sesungguhnya Kami(Allah)turunkannya (al-quran) pada malam lailatul qadar."
Ibn Abbas berkata:'ALLAH menurunkan al-quran sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul 'izzah yang terletak di langit dunia.Kemudian diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Nabi Nuhammad S.A.W selama 25 tahun."
3)Lailatul qadar disifatkan lebih baik daripada 1000 bulan.Perkara ini telah tertulis dalam kitab suci al-quran surah al-qadar ayat 3 yang bermaksud:"Lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan."
Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat seperti firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya Kami turunkannya(al-quran) pada malam yang diberkati.(surah ad-dukhan ayat 3).

Pada malam ini juga diturunkan malaikat.Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang disediakan khas untuk malam ini.Allah akan mengampunkan hambaNya yang menghidupkan malam itu dengan penuh keimanan dan pengharapan...Maka,saya mengajak diri saya dan anda semua untuk merebut peluang yang Allah telah sediakan untuk kita...Marilah bersama-sama kita menghidupkan 10 malam terakhir ini dengan penuh kesungguhan dan pengharapan..Moga kita dapat bertemu dengan malam LAILATUL QADAR...InsyaALLAH..

DUHAI WANITA

Assalamualaikum warahmatullah....

Duhai Wanita,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah.Tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,bukan diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan pula daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin menyerahkan dirimu pada sang kumbang???

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian.Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi daya tarikan.Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum pada keindahanyang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Duhai Wanita,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya malu kau tanggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah tapi sayangnya tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai mawar berduri.Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
'Tiada fitnah yang lebih besar setelah wafatnya diriku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita'.Adakah engkau mahu menjadi penyebab terhumbannya kaum adam ke dalam neraka???

Ingatlah wahai wanita,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.Yang tertutup itu INDAH!!!Alangkah baiknya jika engkau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buat dirimu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah,bertunjangkan ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya,wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama adam.Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Renung-renungkanlah dan nilailah dengan iman didada mu wahai wanita-wanita...kerna dari rahimmu akan lahirlah mujahid-mujahid serta mujahidah-mujahidah yang akan membawa islam ke puncak dunia...

Category:   Leave a Comment
Puasa Adat @ Kewajiapan???

Assalamualaikum warahmatullah...

10 malam yang pertama telah pun barlalu dan ramadhan kini melalui fasa kedua iaitu maghfirah...Namun sejauh mana ramadhan ini dimanfaatkan???Bagi mereka yang beriman,kedatangan ramadhan sangat dinanti-nantikan...seumpama menanti seorang kekasih yang sudah lama tidak bersua,hanya setahun sekali melepaskan rindu...

Justeru itu,mereka mengggunakan sebaik mungkin peluang dan masa yang ada di dalam bulan ini....merka mengisi ramadhan ini dengan amal ibadah yang banyak berbanding bulan-bulan lain...

Tetapi bagi sesetengah orang yang tidak mampu memahami dan merasai nilmat sebenar bulan ini pasti akan mensia-siakan setiap peluang dan ruang yang tersedia di depan mata...mereka menganggap bulan ini sama sahaja seperti bulan-bulan lain,yang berbeza bulan ini semua umat islam berpuasa....

Mereka sekadar berpuasa tanpa memikirkan pahala dan ganjaran serta keberkatan dalam bulan ramadhan ini...alangkah ruginya mereka-mereka ini....bagi golongan ini,berpuasa hanyalah satu ADAT bukan satu kewajipan yang Allah tetapkan ke atas hamba-hambaNya....kekeliruan ini menyebabkan ramai orang,puasanya hanya memperoleh lapar dan dahaga semata-mata...

Ramadhan ini adalah semulia-mulia bulan...Di dalamnya penuh dengan keberkatan,kerahmatan dan pengampunan malah Allah menyediakan ganjaran pahala yang luar biasa pada bulan ini...
Daripada Abu Hurairahr.a,Nabi s.a.w bersabda,maksudnya:"apabila tiba bulan ramadhan,terbukalah semua pintu rahmat dan tertutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai."(Hadis riwayat Ahmad)

Bulan ramadhan merupakan 'festival' amal ibadah bagi umat islam.Selaina amalan-amalan fardhu dan puasa di siang hari ,malamnya pula diisi dengan solat terawih serta bertadarus,berzikir,beri'tikaf di masjid,bersedekah,qiamullail dan pelbagai lagi amalan-amalan sunat...

Pendek kata,menifestasi keberkatan,kemuliaan serta keagungan ramadhan ini dapat dirasai di segenap penjuru dunia...Dan Allah berfirman yang bermaksud:"wahai orang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."(al-baqarah:183)

Ayat di atas jelas menunjukkan perintah berpuasa ke atas umat islam sepertimana difardhukan iabadah puasa ini ke atas umat terdahulu...dan ibadah ini merupakan rukun islam yang ke3...pelaksanaan ibadah ini bukan sahaja menunjukkan ketaatan kita sebagai hamba malah menguji keikhlasan dan keimanan kita...

Sehubungan itu,Nabi s.a.w bersabda maksudnya:"sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun begitu,dalam keghairahan umat islam melaksanakan rukun islam ke3 ini masih terdapat segelinitr masyarakat yang keliru antara hukum,iman dan adat...sehingga ramadhan yang hadir tidak memberi sebarang kepastian kepada mereka..ramadhan datang dan pergi begitu sahaja...

Pengisian ramadhan tidak mampu memberi sebarang kesan ke atas jiwa-jiwa ini...kerna ibadah ini dianggap sebagai satu adat yang diwarisi turun temurun...hikmah diwajibkan berpuasa ini tidak dapat dicapai malah iman tidak meningkat...

Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan kita tentang perkara ini dalam sabda baginda yang bermaksud:"berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga".Alangkah ruginya golongan ini hanya lapar dan dahaga yang dirasai namun tiada ganjaran yang diperolehi...dan segalanya menjadi sia-sia...

Menyoroti pengimarahan ramadhan dalam kalangan masyarakat malaysia,adakah bentuk amal ibadah mereka seperti puasa,solat terawaih dan berbelanja benar-benar mengikut konsep yang telah islam gariskan???@ ianya hanya adat sekadar???

Buktinya,fasa pertama ramadhan mereka memenuhi masjid-masjid dan surau-surau...tetapi menjelang fasa kedua senario ini semakin berkurangan dan masuk fasa ketiga.....hanya tinggal imam dan 2 @ 3 saf sahaja....

Malah berlakunya pembaziran yang keterlaluan ketika berbuka puasa....bazar ramadhan diserbu sedangkan di rumah tersedia berjenis-jenis hidangan...lalu berlakulah pembaziran yang keterlaluan....maka hikmahnya ramadhan yang mendidik kita untuk bersederhana tidak dapat dicapai....

Realiti masyarakat hari ini,setiap kali menjelangnya ramadhan rasa tidak sabar untuk hadirnya syawal lebih dirasai berbanding hadirnya ramadhan....satu syawal dinanti-nanti untuk bergembira malah merasa lapang dada ramadhan telah berakhir...sedangkan orang-orang beriman menangisi pemergian ramadhan ini...

Menyoroti zaman Nabi s.a.w dan para sahabat,kedatangan ramadhan ini sangat dinanti-nantikan seumpama menanti seorang kekasih hati...dan pemergian ini ditangisi kerna bimbang tak bertemu lagi ramadhan....alangkah berbezanya kita dengan mereka...

Maka saya menyeru diri saya dan semua pembaca untuk kembali menilai diri kita,adakah puasa yang disyariatkan ini menjadi satu adat yang diwarisi turun temurun @ ianya satu kewajipan yang kita laksanakan kerna kepatuhan kita sebagai hamba dan sebagai satu wasilah mendekatkan diri kita kepada yang menciptakan kita,Allah subhanallah taala...

TEPUK DADA TANYALAH IMAN DIHATI.....

Salam Ramadhan dari dataran syam...kullum 'am wa antum bikhair...

SELAMAT HARI LAHIR AYAH...

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ini bertarikh 1/9/2009 merupakan hari lahir ayahanda kesayangan saya...Saat ini kerinduan pada ayah bonda semakin menyesakkan dada...Saya sangat berbangga memiliki seorang ayah seperti dia...Saya masih ingat lagi setiap kali saya dapat keputusan periksa ayah tak pernah lupa menitipkan ucapan tahniah dan usaha lagi..walau macam mana sekali pun keputusan saya pasti 2 kalimah itu yang akan dituturkan...

2 kalimah itu masih dituturkan sehingga ke hari ini...Ayah saya bukanlah seorang begitu senang menzahirkan perasaan beliau..Tapi apa yang beliau rasa dizahirkan melalui tingkah laku...Saya ingat lagi senyuman di wajah ayah ketika berita kejayaan saya melanjutkan pelajaran ke jordan di khabarkan...Senyuman tanda kepuasan yang tak terhingga meskipun dia tahu belanja belajar di jordan agak mahal ...meski dia tahu dia harus berkorban dan berusaha keras demi saya...Selepas berita kejayaan saya diketahui hampir semua yang saya inginkan saya perolehi...Malah ayah telah membelikan saya sebuah laptop semata-mata kerana saya akan ke jordan..

Kasih ayah yang tiada tandingan...Saya sebenarnya sangat terharu dengan pengorbanan ayah..Saya berazam untuk tidak mengecewakan ayah dan menyia-nyiakan segala titik peluh ayah...Saya mahu memberikan kejayaan yang cemerlang untuk ayah sebagai hadiah segala pengorbanan dan titik peluhnya...

Andai saya mampu menyatakan betapa sayangnya saya kepada insan ini...Saya ingin sekali mengucup tangan dan kedua belah pipinya malah saya ingin sekali mengucapkan "SYU SAYANG AYAH SANGAT-SANGAT....DAN TERIMA KASIH AYAH UNTUK SEGALA-GALANYA"

Malam ini ingatan saya terbang melayang ke tanah air ...Saya rindukan ayah,saya rindukan emak,saya rindukan kakak-kakak saya dan abang-abang saya,saya rindukan sahabat-sahabat saya,saya rindukan guru-gru saya,saya rindu pada sis suhaila,saya rindu pada sis nisa',saya rindukan segal-galanya di malaysia...Saya ingin pulang mengubat kerinduan ini namun apakan daya saya harus berada di sini..Saya harap saya akan pulang tahun hadapan..

Akhir kalam,saya ingin mengucapkan selamat hari lahir buat ayah tercinta...Moga ayah sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Ilahi..Doakan anakanda disini...

Salam jejak!!

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah akhirnya berjaya menerbitkan blog ini, setelah menanti hampir sedekad dan seabad untuk ciksantun meluangkan masa membantu saya menerbitkan blog ini..

Hari ini bertarikh 31 Ogos 2009, merdeka nya Malaysia kali ke 52, bermulalah jejakku memulakan blog ini yang diberi nama menjejak impian, menggapai harapan di Bayt Insyirah, memang rumah yang sangat berjasa, selaras dengan kejasaan ahli2 nya..

Tujuan saya terbuka hati mahu berblog ini adalah dek kerana lambakan2 blog yang pada saya kurang berfaedah. Jadi, amat penting lah bagi saya untuk bersama menyumbang ketidakfaedahan itu.. Bukanlah itu maksud sebenar saya, tetapi yang sebenarnya adalah saya berharap agar blog ini mampu memberi manfaat bukan sahaja bagi diri saya bahkan kepada sesiapa yang mengikutinya terutama ahli bayt Insyirah yang disayangai dan dikasihi, dan bakal dirindui, =P..

Dan blog ini diberi nama menjejak impian menggapai harapan kerana berkelananya saya di dataran Syam ini adalah untuk merealisasikan harapan dan impian kedua ayah bonda tercinta. Harapan yang bagaimana?? Begini! Sudah tentu mak ayah kita mengharapkan anak yang mampu menyampaikan ilmu bukan untuk diri sendiri serta keluarga, malah seluruh umat amnya!! Jadi, saya berpendapatan blog ini adalah salah satu ruang untuk menyampaikan ilmu yang saya miliki serta berkongsi pengalaman.

Akhir kalam, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Shafiqah yang byk membantu dalam kerja2 teknikal, Shaheera yang banyak memberi komen yang memberangsang dan membina serta bernas, juga tidak dilupakan kepada Azimah yang turut menyumbangkan tenaga dalam pembikinan air nescafe yang sedap (sebenarnya aku tak minum lagi!!)..

Jadi, apa yang berfaedah itu, diambil dan dimanfaatkan bersama, dan segala yang tak berfaedah itu dibuang sejauhnya!!

Disini sahaja dulu muqaddimah menjejak impian menggapai harapan!!