Archives

Dia Hadiah Dari Allah Buat Saya

Assalamualaikum warahmatullah...



Dia...seseorang yang saya tak pernah bersua muka dan bertentang mata.Perkenalan hanya bermula dengan sms,berlanjutan ke panggilan telefon.Dan bila saya jauh dari tanah air, hanya sms dan ym yang menjadi penghubung.Namun,saya merasa selesa dengan dia.Selesa berkongsi rasa saya dan selesa dengan sikap prihatin dia.Sesungguhnya dia sememangnya hadiah dari Allah buat saya.Allah ambil seseorang yang saya sayang.Namun,Allah gantikan dengan seorang teman seperti dia.Biarpun usia dia jauh lebih muda dari saya,seringkali kata-kata dia melegakan perasaan saya.

Baru-baru ini,selepas pulang dari bercuti di Syria,ada beberapa perkara yang menyedihkan saya berlaku.Sampai saya rasa lemah sangat-sangat.Kebetulan dia online,tanpa membuang masa saya terus meluahkan perasaan sedih dan kecewa saya.Dan dia,begitu sabar mendengar rintihan saya.Begitu setia memberikan dorongan dan semangat.Dia pesan supaya banyakkan bersabar dan berdoa.Malamnya,saya melepaskan perasaan saya puas-puas.Saya menangis kerana sakit yang tidak terperi saya rasakan.Akhirnya,saya mampu bertenang.Jiwa saya lapang.Betapa Allah tidak pernah menganiaya saya.Betapa kasihnya Allah pada saya.Allah bagi saya ujian kemudian Allah jualah yang membelai jiwa yang sakit itu.Malah,Allah hadirkan saya seorang teman seperti dia.Kasihnya Allah pada saya.Sehingga ketika ini,saya rasa terbuai dalam belaian kasih dan cinta Allah.

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada dia kerana setia dan sabar mendengar luahan saya.Unik bukan ukhuwah dan kasih sayang ini.Tercipta tanpa pertemuan di alam nyata. Namun,kerana Allah matlamat kita,kasih sayang itu berbunga subur.Menambahkan seri dalam hidup kita.Hadirnya dia mewarnai kanvas kehidupan saya dengan warna-warna ceria.Semoga Allah redha dengan ikatan hati ini.Semoga Allah sentiasa memelihara dia dan merahmati dirinya.Sahabat yang tidak pernah saya temui,namun saya kasih padanya.Terima kasih banyak-banyak buat insan yang bernama Radeeyah.

Category:   Leave a Comment
SYRIA bukti indahnya ukhuwah itu....

Assalamualaikum warahmatullah...



Alhamdulillah,Allah izinkan keinginan saya untuk berkunjung ke bumi Syria tercapai pada 24 Januari 2010 yang lalu.Tak mampu saya gambarkan bagaimana perasaan saya ketika Allah beri saya peluang itu.Apa yang lebih menyentuh hati saya,kunjungan saya ke bumi Syria tersebut di'support' oleh insan-insan yang pada saya istimewa dihati saya.Istimewa bukan kerana mereka 'support' saya,tapi istimewa kerana merekalah yang sering membantu saya,merekalah yang sentiasa peduli tentang kesusahan saya.Malah,ketika fikiran berkecamuk,marah membara dalam hati pada mereka saya meluahkan rasa.

Pengembaraan ke Syria yang mengambil masa 5 hari 4 malam itu terasa sangat singkat namun penuh bermakna.Pengembaraan ke sana sangat meriah pada saya.Bukan kerana apa tapi kerana adanya insan-insan yang menceriakan hari-hari saya.Saya sangat beruntung kerana Allah menganugerahkan mereka kepada saya.Harta saya yang tak ternilai.Tentu ada antara kalian yang tertanya-tanya siapalah yang sudi support saya bercuti ke Syria.Mereka adalah budak-budak NAILAH FARAFISHAH.Merekalah ERNA MADINA,SITI FATIMAH,NURUL SALWANI DAN NOR SAADAH.Merekalah yang sudi support saya ke Syria.Belanja sebanyak 80 dinar sepenuhnya disupport mereka.Duit makan dan beli belah sahaja yang saya keluarkan.Aduh,saya sangat terharu dengan mereka.Malah sepanjang perjalanan ke Syria mereka,ija(housemate merangkap sahabat baik) dan sabarina(juga sahabat saya) telah menceriakan hari-hari saya.Saya merasa sangat beruntung kerana dalam pengembaraan ini saya terasa betapa eratnya ukhuwah saya dengan mereka.Disini,saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhinggan kepada mereka.Semoga Allah redha dengan ikatan hati kita.Saya sangat sayang kalian kerana kalian anugerah yang mahal harganya dari Allah.Terima kasih Allah kerana KAU anugerahkan mereka kepadaku.

Selamat Bercuti...

Assalamualaikum warahmatullah...



Sekian lama blog ini terbiar sepi kerana ingin memberikan lebih tumpuan kepada imtihan yang dihadapi.Alhamdulillah,semalam(21/1/10) tepat jam 10.00 pagi waktu Jordan,saya telah berjaya menamatkan semester pertama dalam tahun kedua saya disini.Dan semalam,saya melihat 4 dari 5 maddah yang saya ambil pada sem lepas telah pun keluar markahnya. Alhamdulillah,keputusannya walau tidak sehebat mana namun saya sangat bersyukur.Saya telah berusaha melakukan yang terbaik meskipun dalam kondisi saya yang tidak stabil dari pelbagai sudut.Dan itulah natijahnya yang saya perolehi.Saya bersyukur dan redha. Itulah yang terbaik untuk diri saya yang telah Allah berikan.

Selepas saja selesai menjawab imtihan yang terakhir,dada menjadi sedikit lapang dan tenang.Satu tekanan telah saya lepasi dan masih terlalu banyak yang harus saya tempuhi dalam hari-hari yang bakal mendatang nanti.Semoga Allah terus memberikan saya kekuatan untuk melangkah menyusuri jalanNya.

Cuti telah pun bermula,masih terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.Cuti yang singkat dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan membuatkan saya tak rasa pun seperti bercuti.Tapi sekadar rehat seketika sebelum semester kedua yang lebih mencabar bermula.Ada plan macam-macam masa cuti ini,semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya.

Pada sahabat-sahabat Yarmouk,selamat bercuti.Pada sahabat-sahabat Just,Mesir dan yang sedang menghadapi imtihan selamat berimtihan.Moga Allah permudahkan kalian semua.Pada keluarga di malaysia,saya rindu sangat dengan kalian.Tersangat rindu sehingga sering terbawa dalam mimpi dua tiga minggu kebelakangan ini.Moga Allah memelihara dan melimpahkan rahmatNya keatas kalian.

Imtihan Nihaie-Doakan kami



Assalamualaikum warahmatullah.

Tidak lama lagi saya dan sahabat-sahabat seperjuangan akan menghadapai imtihan nihaie(final exam).Jantung saya berdegup kencang mengenangkan persediaan untuk final exam ini.Dan sekarang,masa saya akan banyak dihabiskan di maktabah(library)untuk saya mengulangkaji tanpa sebarang gangguan.Saya sertakan jadual saya sekadar 1 perkongsian dengan kalian.Buat semua pelajar-pelajar di bumi Jordan ini terutamanya kepada pelajar-pelajar YARMOUK dan Just,saya ucapkan SELAMAT BERIMITHAN.BITAUFIQ WANNAJAH FI KULLI IMTIHANAT.



13/1/10-MADKHAL ILA AQIDAH
14/1/10-FEQH IBADAH(2)
17/1/10-MAHARAT HAYATIAH
18/1/10-QAWAID LUGHAWIAH FI USUL FEQH(1)
21/1/10-I'JAZ AL-QURAN

2010

Assalamualaikum warahmatullah,

Tahun 2010 telah pun menjelma.Hadirnya tahun ini saya harap akan meningkatkan diri saya dari segala segi.Saya sangat bersyukur kerana 2010 ini,dimulai dengan perkara yang sangat bermanfaat pada saya.Semalam,seharian hari saya dihiasi dan diisi dengan perkara yang sangat berfaedah.Disebelah pagi,saya menghadiri sebuah program anjuran MMY yg bertajuk "MENITI PERHENTIAN TERAKHIR" yang merupakan kursus imam serta bilal dan pengurusan jenazah.Sudah terlalu lama saya mengimpikan kursus seperti ini dan alhamdulillah kursus ini membuka tirai tahun baru saya di bumi Jordan.Disebelah malamnya pula,saya ke rumah Haninah.Sudah terlalu lama rasanya saya tidak temu mata dan bertanya khabar berita.Semalam Allah beri keizinan dan kekuatan untuk saya ke rumah beliau walaupun dalam kepenatan.Namun,melihat senyum yang terukir dibibir dia saat menyambut kedatangan kami(saya & beberapa org junior saya) hilang segala kepenatan saya.Terasa aliran ukhuwah dan kasih sayang saat memeluk tubuh dia. Masyaallah,hebatnya dan nikmatnya ukhuwah yang Allah berikan pada kami.Semalam seharian saya merasakan jiwa saya terisi dengan makanan rohani.

2009 saya tinggalkan dengan penuh keazaman dalam diri.Saya mahu 2010 ini menjadi noktah bidayah untuk saya mengorak langkah menjadi hamba Allah yang sebenarnya.Saya bukan mahu menjadi hebat @ dikenali namun saya mahu saat saya dalam 2010 ini diisi dengan amalan-amalan yang mendekatkan saya dengan Rabb.Saya tutup buku 2009 yang penuh dengan nostalgia yang tersendiri dan semalam saya buku baru agar tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Pada saya 2009 ini,tahun yang sangat-sangat menguji saya.Terlalu banyak yang saya lalui dan saya belajar pada tahun 2009.Bila saya kata,saya tutup buku 2009 bukanlah bermakna saya melupakan apa yang saya alami dalam tahun 2009.Malah,apa yang saya dapat dalam 2009 itu saya jadikan pengajaran dan iktibar yang bermakna buat saya.Dan semalam,saya melangkah sebagai seorang yang baru dengan azam yang tersemat dihati.

Saya tinggalkan anda semua dengan salah 1 keazaman saya pada tahun 2010 ini."Andai semua orang terkeluar dari jalan ini,aku akan tetap berada diatas jalan ini meskipun aku sendirian".Semoga Allah menetapkan hati & langkah kaki saya diatas jalanNya yang saya yakini benar & betul.Kerna jalan inilah satu-satunya jalan yang saya yakini akan menyelamatkan saya dari hanyut dengan kemewahan dan keseronokan dunia.Semoga tahun ini,saya penuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan saya mahu menghabiskan usia remaja saya dengan perkara-perkara yang boleh membangunkan ummah.Semoga Allah membantu saya.Saya tidak kisah saya nampak tua hanya kerana saya berusaha membuat sesuatu untuk membantu ummah.Saya mohon agar kalian mendoakan saya.