Archives

Aku ingin menghapus dukamu..

Assalamualaikum warahmatullah...





Hari ini langit kelihatan mendung seakan-akan memahami jiwa yang sedang kesedihan ini.Angin bertiup membelai jiwa yang sedang kerunsingan.Ingatan melayang jauh ke bumi Malaysia.Namun,kali ini ingatan ini terlontar nun jauh ke bumi Kelantan.Ada insan disana yang ku harap bisa ku temui.Yang ingin kuseka airmatanya tika mengalir.Yang ingin aku jaga saat kesakitan.Yang ingin aku katakan aku ada disini untuk kamu.Sayangnya,jarak yang memisahkan aku dan dia menyukarkan aku untuk melakukannya.

Saat terdengar betapa sayunya suara dia menyatakan harapannya untuk bertemu denganku,
tanpa ku pinta hatiku menangis sendu.Saat terdengar ungkapan dia menyatakan rindu, tanpa sedar airmata mula bertakung ditubir mata.Aku lepaskan keluhan saat terdengar bicaranya.Bukan aku tidak mahu menunaikan hajatnya namun aku tak berdaya.Andai aku punya kuasa saat ini juga aku akan berada didepan matanya.Saat ini juga aku akan pulang bertemunya.

Saat ini hanya yang termampu kulakukan hanya berdoa padaNya agar menjaga dirinya.Ku seka airmata yang mengalir saat doa kulafazkan penuh pengharapan padaNya.Aku cuba untuk tabah disini tuk kamu.Bukan kamu tidak tahu aku jua ingin sekali bertemu mata dengan kamu.Tapi apa daya aku.Sabarlah menanti kepulanganku.Teruslah tabah menjalani kehidupan kamu kerna kamu selalu ada dalam hati dan doaku.Yakinlah bahawa Allah akan menemukan kita.Andai bukan di dunia ini nun di syurga andai layak menghuni.Kasihilah ku kerna cintamu pada Ilahi.Dan aku jua disini mengasihi kamu kerna cintaku padaNya. Semoga Allah redha dengan kasih dan ukhuwah yang terjalin ini.

Kita hanya insan fakir dan lemah

Assalamualaikum warahmatullah...


Pernahkah kita terfikir bahawa kita di dunia ini adalah fakir?Tentu ada yang hairan dengan kenyataan saya.Namun,itulah hakikat yang perlu kita sebagai hamba sedari.Kita ini sebenarnya tidak memiliki apa-apa di dunia.Kita tidak punya apa-apa,yang kita ada hanyalah Allah.Hatta insan-insan yang berada disekeliling kita ini jua bukanlah milik kita.

Firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam sebuah hadith Al-Qudsi:
Hai manusia,kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya.Oleh itu mintalah hidayah daripadaKu.

Hai manusia,kamu semua lapar,kecuali mereka yang Aku berikan makan.Oleh itu mintalah rezeki daripadaKu.

Hai manusia,kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian.Oleh itu mohonlah pakaian daripadaKu.

Segala apa yang dimiliki mahkluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz(kiasan).Segala sesuatu di alam ini semuanya adalah milik Allah dan DIAlah yang memiliki segala sifat kesempurnaan.Dengan sifat kesempurnaanNya seluruh mahkluk bergantung harap hanya kepadaNya.

Manusia,jika dia cerdik,bijak,pandai dan kaya,maka semuanya itu adalah dari Allah.Betapa ramainya manusia hari ini yang merasakan bahawa segala apa yang dia ada hari ini adalah hasil usaha dirinya semata-mata.Manusia lupa pada Allah yang mengurniakan segala kebaikan dan nikmat pada kita.

Saya terkesan dengan kata-kata sahabat saya Dr Haninah semalam.Dia kata,kita ini bila terima keputusan exam kita selalu rasa tidak cukup.Tak memadai.Tak setimpal.Kita rasa kerana kita study banyak maka kita layak dapat markah yang tinggi.Tapi kita lupa,Allahlah yang sebenarnya memberikan kita natijah tu.Allah boleh bagi berapa-berapa je yang Allah nak beri.Kalau kita usaha banyak pun tapi Allah nak bagi natijahnya sikit tetap boleh.

Allah tak pernah minta kita jadi yang terbaik tapi Dia mahu kita lakukan yang terbaik.Kerna bukanlah hasil dari usaha kita yang Allah mahu lihat tapi Allah mahu lihat usaha kita.Setelah banyaknya nikmat yang Allah berikan pada kita,layakkah kita untuk mempertikaikan segala ketentuan Allah pada kita.

Maka,saya suka memperingatkan diri saya dan anda semua bahawa apa yang kita miliki hari ini adalah kerna ihsan Allah.Kerna Allah mengasihi dan menyayangi kita.Oleh itu,ketika kita diberikan kelebihan berupa nikmat bersyukurlah.Ketika diberikan ujian maka sabar dan redhalah.Kerna kita di dunia ini fakir.Saya ulang sekali lagi FAKIR.Bukan miskin tapi FAKIR.Dan kerna fakirnya kita maka kita membutuhkan DIA dalam setiap saat kehidupan kita.