Archives

SENANDUNG HATIKU


Assalamualaikum warahmatullah,

Tika dan saat ini,hati saya mengalunkan lagu duka sebenarnya.Namun,saya cuba sedaya upaya untuk terus mengorak langkah dan mengukir senyuman penuh keikhlasan.Saya cuba untuk bertahan meski terlalu sukar untuk saya lakukan.Maka,izinkan saya melagukan senandung hati saya disini.Sekadar untuk meluahkan.





Awan itu mendung,
Siang jadi suram,
Malam jadi kelam,
Tiada sinaran mentari,
Jua bintang bekerlipan,
Mahupun rembulan,
Yang menemani,
Lalu yang terlihat,
Hanya sepi & sunyi.

Aku cuba mengukir senyuman,
Menyingkir resah di sanubari,
Aku cuba menjadi tabah,
Menangkis derita yang mendatang,
Jiwa ini terasa sakit,
Sakit yang bukan sedikit,
Kerna...
Ada rindu yang bertamu,
Ada derita yang mendatang,
Ada sepi & sunyi,
Yang tak bisa aku mengerti,
Dan akhirnya,
Menjemput airmata yang sukar terhenti.

Apa yang kumahu,
Awan itu kembali cerah,
Siang yang suram jadi ceria,
Malam yang kelam jadi terang,
Biar mentari menyinari siangku,
Biar bintang & rembulan menemani malamku,
Agar sepi & sunyi ini,
Bisa mencipta damai & bahagia,
Buat hati yang sedang derita.

Aku mahu terus tersenyum,
Meskipun aku resah,
Aku mahu terus tabah,
Meskipun aku kan rebah,
Aku mahu terus tenang,
Meskipun aku sedang gelisah,
Aku mahu terus bahagia,
Meskipun aku teruji olehNya.

Biar cintaNya aku raih dengan gigih,
Biar sayangNya aku dakap penuh hangat,
Biar kasihNya aku peluk penuh erat,
Biar DIA saja yang memenuhi ruang hati,
Biar DIA saja yang menemani diri ini,
Agar bahagia & damai yang kuimpi,
Bukan lagi 1 mimpi,
Bahkan ia jadi realiti.

Harapan Hatiku



Assalamualaikum warahmatullah..

Sekadar coretan yang teramat ringkas bagi menyatakan isi hati saya...


"Tulus sucikah hati ini mencintaiMu sepenuh hati,
Kerana ku akui hati ini masih diselimuti cinta duniawi,
Tulus sucikah jiwa ini mendambakan CintaMU,
Sedang dihati cinta manusia yang ku cari,
Ya Allah,lemahnya aku,
Betapa kerdilnya aku,
Betapa hinanya aku,
Mampukah untuk meraih cintaMu yang satu,
Agar derita & kecewa x kurasai
Dan moga cintaMu kan terus bersemi dihati ini"

Moga diberikan kekuatan untuk meraih cinta yang abadi ini..Ameen...

DOAKAN SAYA....



Assalamualaikum warahmatullah...
Bermula pada 9/12/09 iaitu pada hari rabu ini saya akan menduduki imtihan thani bagi fasal ini.Maka saya memohon agar anda semua sudi untuk medoakan kejayaan saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya serta senior dan junior saya yang sedang mengembara ke dataran syam ini bagi menimba ilmu Ilahi.Disini saya sertakan jadual imtihan saya sebagai tatapan dan sekadar pemberitahuan sahaja.


9/12/09-Qawaid Lughawiah fi Usul Feqh(1)
10/12/09-Madkhal ila Aqidah Islamiyah
13/12/09-I'jaz Quran
17/12/09-Feqh Ibadah(2)



Satu lagi maddah yang saya ambil sem ini masih tidak diketahui tarikahnya.Apapun saya mengharapkan doakan kalian untuk saya."Ya Allah,sekiranya kegagalanku membawa fitnah pada ISLAM dan perjuangan,maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara.Dan sekiranya kejayaanku membuatkan aku jauh dari ISLAM dan perjuangan,maka KAU lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku.Kerana aku mengimani,tiada yang ENGKAU takdirkan sia-sia,melainkan ada hikmah yang belum tersingkap"Ameen...

Kematian itu sesuatu yang pasti

Assalamualaikum warahmatullah...

SETIAP YANG BERNYAWA ITU PASTI AKAN MERASAI KEMATIAN

Semalam pada pukul 3 pagi waktu malaysia,seorang sahabat seperjuangan saya HANIS NAJWA BT SHAHARUDIN telah kehilangan ibu tercinta buat selama-lamanya.Benarlah bahawa Allah tidak pernah menyalahi janjiNya.Saya dan seluruh sahabat-sahabat yang mengenali dia mengucapkan takziah diatas pemergian ibunya.Saya cukup kagum dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh sahabat saya.Masih mampu menyembunyikan rasa sedih dihadapan kami semua.Malah meminta agar kami tidak bimbang dengan dirinya.Aduh,hati mana yang tidak tersentuh saat melihat teman seperjuangan hiba menahan rasa.Saya berusaha untuk tidak menitiskan airmata saya.

Tanpa berlengah lagi sahabat saya pulang ke tanah air ditemani oleh sepupunya sendiri pada malam semalam.Saya dikhabarkan penerbangan mereka pada pukul 3 pagi waktu jordan pagi tadi.Semalam saya tidak mampu menutup mata.Dalam fikiran dan ruang mata saya hanya terbayang wajah teman tersebut.Hiba rasa hati ini melihat wajah suramnya.Seingat saya,baru pagi semalam bergurau senda bersama dia.Tiba-tiba malamnya dikejutkan dengan berita tersebut.Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya pada ketika itu.Tiada apa yang mampu saya katakan melainkan meminta supaya dia kuat dan banyakkan berdoa.

Dan selepas solat maghrib tadi,MAJLIS MAHASISWA YARMOUK telah mengadakan bacaan yassin untuk disedekahkan kepada arwah ibunya.Saya memohon agar pembaca yang membaca post saya ini menyedekahkan al-fatihah dan surah yassin kepada arwah ibu sahabat saya.Semoga arwah digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan buat sahabat saya.

Dan sukalah untuk saya menyeru dan mengingatkan para pembaca sekalian bahawa segala yang ada pada kita hari ini hanyalah pinjaman sahaja.Bila tiba sangatnya kita terpaksa memulangkan kembali kepada pemilik asalnya iaitu Allah S.W.T.Semua yang kita miliki sama ada ibu bapa,keluarga,sanak saudara,sahabat handai,harta,anggota badan kita malah nyawa kita sendiri adalah milikNya.Didiklah diri kita untuk selalu merasai bahawa ianya hanya pinjaman seketika supaya bila kita kehilangan kita mampu untuk merasa redha dengan ketentuan Ilahi.Hari ini mungkin sahabat kita yang kehilangan,mana tahu hari esok giliran kita pula untuk diuji dengan ujian yang sebegini rupa.Maka,sentiasalah muhasabah diri kita dan belajar untuk menjadi hamba yang redha dengan setiap ketentuan Yang Maha Esa.Semoga kita tergolongan dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.