Archives

Merindui kamu

Assalamualaikum warahmatullah..

Janji yang terpatri,
Akan ku bawa meniti hari,
Walaupun peritnya tak tertanggung ku hadapi,
Lantaran jalan hidup ini terlalu berduri,
Pernah hampir ku kuburkan janjimu dari hati,
Namun kupunya keyakinan diri,
Janjimu pastikan jadi realiti,
Merinduimu mengajar aku erti seksanya rindu,
Aku tertanya-tanya,
Kenapa aku menyiksa diri untuk terus merinduimu,
Mungkin kerana,
Kaulah 'NUR'ku,
Ketika aku terkapai-kapai,
Menagih secebis kebahagiaan sejati,
Mengenal hakikat kejadian diri,
Kaulah yang membawa aku mengenal Rabbi,
Dan hanya dengan itulah,
Kemanisan hidup ini bisa kurasai,
Jiwaku sentiasa merindui hikmah kalimahmu seorang dai'e,
Lantaran itulah aku akan terus memanjatkan doa,
Agar kita dipertemukan lagi,
Mengikat janji,
Mendokong risalah ini,
Andai bukan disini,
Nun di syurga menanti,
Andai layak menghuni.....

Bagaimana sepatutnya hati seorang mukmin???

Assalamualaikum warahmatullah....

Sekadar perkongsian pendek saja pada post kali ini..Mudah-mudahan dapat diambil faedah darinya...Hati seorang mukmin itu sepatutnya begini...

1)Sensitif dengan Allah

2)Orang mukmin bila mendapat kejayaan,nikmat,kebahagiaan hidup,kelapangan hidup,
hatinya bersyukur kepada Allah

3)Jika berbuat dosa,sekalipun dosa kecil,apalagi dosa besar,hatinya gelisah,takut dan akan hilang ketenangan

4)Hati orang mukmin akan sentiasa rasa bahawa dia sedang diawasi oleh Allah

5)Andai duiji dengan sebarang ujian,hatinya sabar dan redha.Bahkan tenang dengan ujian dan kesusahan hidup

6)Hati orang mukmin sangat merendah diri dengan Allah

7)Sentiasa terkenang nikmat-nikmat Allah yang terlalu banyak yang belum sempat dihitung olehnya,telah Allah tambah nikmatNya

Tepuk dada biar iman yang berbicara...Adakah hati kita ini seperti itu??Andai masih belum sampai ke tahap itu,berusahalah agar hati kita seperti itu...Berusaha tanpa rasa penat,tanpa rasa lelah,tanpa rasa putus asa...Moga di penghujungnya kita bisa memiliki hati seperti itu..Ameen...Sentiasalah merasa bahawa Allah sedang memerhatikan kita...Andai niat kita terpesong segeralah kita perbetulkan...Semoga dalam setiap detik kehidupan kita ini diredhai oleh Allah...

Duhai Insan Yang Teristimewa....

Assalamualaikum warahmatullah...

Agak lama juga laman ini terbiar sepi tanpa bicara.Mungkin kerana kesibukan..Mungkin juga kerana tak punya rasa tuk mencoret..Segala yang ingin diluahkan bagaikan tersangkut di kerongkong semata...Hari ini ada rasa yang sukar tuk diluahkan... Meskipun mampu diluahkan dengan kata-kata namun belum cukup tuk menggambarkan hakikat sebenar sebuah perasaan ini...Masih diberikan kesempatan tuk menikmati sebuah kehidupan yang di dalamnya penuh dengan coretan suka dan duka..Masih diberikan kudrat melayari samudera yang penuh dengan cabaran yang menanti..Ya Allah,hanya engkau yang mengetahui apa yang dirasakan saat ini...Ya Allah,berikan kekuatan tuk aku terus berhadapan dengan ujianMu...Dada semakin seksa...Airmata kian kering tuk menangisi..Jiwa makin gersang dan sepi..Ya Allah,berikan aku hati yang baru..yang didalamnya penuh dengan rasa cintaMu...yang didalamnya akan bercambahnya keimanan kepadaMu...

Ya Allah,eratkan kasih sayang sesama kami..Izinkan kasih ini bertaut hingga ke syurgaMu yang abadi..Jadikan kasih sayang ini benar-benar keranaMu Ya Allah...
Jagalah hati kami dari lalai mengingatiMu..Jagalah dia,rahmatilah dia dan redhailah dia...Ya Allah,tiada kata mampu aku ungkapkan perasaan dijiwa...Namun aku yakin bahawa KAU mengetahui kerna sekeping hati ini milikMu...Ya Allah,lembutkan hati dia..
Permudahkan kasih sayang kami Ya Allah...Ya Allah,belailah jiwa kami dengan belaian rahmat dan kasih sayangMu yang sering kami dambakan...

Buat kamu insan teristimewa...Benar bahawa kita tak pernah bersua...Namun sayang yang disemai ini bukan satu mainan..Sayang yang aku semai ini aku hajat biar mekar subur hingga ke syurga...Hakikatnya,aku bukan manusia sempurna..Dengan segala kekurangan dan kedhaifan diri aku berusaha menjadi yang terbaik...Aku tak mungkin sempurna namun aku kira tidak salah andai aku berusaha tuk menjadi sempurna...Andainya hati ini bisa berbicara dengan ungkapan yang bisa kau dengar..Pasti kau akan mendengar betapa aku sayangkan kamu setulus hati...Aku benar-benar berharap agar sayangnya aku pada kamu kerana DIA..Andainya angin yang bertiup ini bisa berkata-kata pasti kau akan mendengar titip-titip doaku padamu...Andainya titis-titis hujan bisa membentuk kata-kata di awan biru itu..pasti kau akan dapat membaca coretan hati yang sentiasa mengingati kamu,merindui kamu,menyayangi kamu tanpa rasa sangsi meski tak pernah dipertemukan...

Buat kamu insan tersayang...Aku menyayangi kamu tanpa jemu...Aku mahu menguatkan kamu saat kamu lemah..Namun mampukah aku melakukannya seandai kekuatan itu tak aku cari?Aku mahu disisi kamu saat kamu berduka...Aku mahu sentiasa menyenangkan kamu...Aku mahu sentiasa membahagiakan kamu...Tapi aku tak mahu kita cuma bahagia di dunia...Aku mahu kita bahagia hingga syurga...Mungkin sukar bagi kamu memahami sikapku...Mungkin sukar bagi kamu mempercayai aku..Mungkin sukar bagi kamu meyakini diriku...Tapi bukan 1 alasan tuk aku jemu denganmu...Aku tak pernah jemu,tak pernah lelah,tak pernah penat denganmu..Kerna sayangnya aku pada kamu bukan luaran semata..
Kasih sayang kamu buat aku rasa bahagia...Manja kamu mengukir senyum dan melenyapkan semua kepenatan...Aku tak sempurna sayang..Namun setulus hati aku menyayangi..Tak mungkin ada siapa pun dalam dunia ini yang mampu menggantikan kamu dalam hidup aku..
Saat kau tahu masa silamku kau masih sudi menerima setulus hati..Jangan biarkan aku tenggalam dalam masa silam yang sering aku kesalkan..Jangan tinggalkan aku menyusuri hidup tanpa kamu...

Duhai insan tersayang,maafkan diriku...seringkali melukai kamu meskipun bukan itu kehendak diriku..Maafkan aku yang mungkin kadang-kadang menjengkelkan kamu meskipun aku tak pernah meminta itu terjadi...Aku tak mampu menabur sejuta janji..Yang termampu aku lakukan hanya menyayangi kamu tanpa rasa berbelah bagi..Kurnia Allah buat aku...Hadiah istimewa dariNya...Maafkan aku wahai yang teristimewa..Sudikah kiranya kamu menemani aku hingga ke negeri abadi??

Rindu ini bahasanya jiwa...

Assalamualaikum warahmatullah....




Hari ini entah kenapa saya jadi tak tentu arah dek kerana rindu yang menyapa. Sebenarnya dari semalam saya rasa serba tak kena.Dan akhirnya pagi tadi saya bangun dalam keadaan sangat tidak bermaya.Saya rasa seolah-olah a part of my life is missing.Rasa macam dah tak tertanggung rindu ini.Dada makin sesak.Terkadang sebak pula yang datang bertandang.Saya jadi resah.Seharian buka buku tapi saya sendiri tak tahu apa yang saya baca.

Kadang kala rindu boleh jadi satu penguat dan pembangkit semangat.Tapi andai rindu dalam dada tak mampu diluahkan apatah lagi dileraikan,ini yang jadi masalah.Sejak pagi tadi airmata saya mengalir.Saya gagahkan diri.Cuba buat-buat happy tapi hati saya masih begitu.Malah rindu tu makin kuat mencengkam jiwa saya.Saya jadi lelah.
Saya rasa terlalu lemah.Bimbang jua andai rindu ini bukan kernaNya.Moga Allah pelihara rindu dan kasih ini.Moga rindu ini bisa membuat saya makin dekat denganNya.
Ya Allah,engkau maha mengetahui apa yang ada di dalam hati hambaMu ini.Peliharalah insan yang kusayangi itu.Sampaikan bicara rindu ini terus ke kalbunya,agar dia bisa merasai getaran rindu yang sedang aku alami.Ya Allah,izinkan kami bertemu dalam redhaMu bagi melerai rindu yang kian sesak menghimpit kalbu.Moga kasih ini sentiasa dalam redhaMu hingga kami bisa bertemu dan berbahagia dalam syurgaMu.Ameen..

Mereka Tetap Di Ingatan...

Assalamualaikum warahmatullah...



Agak lama menyepi dari blog ini.Rindu sebenarnya untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini.Alhamdulillah Allah berikan keizinan untuk jari jemari ini menari diatas keyboard laptop tercinta.Semalam satu haflah diadakan bagi meraikan khirrijat yang telah berhempas pulas selama 6 tahun bagi pelajar perubatan,5tahun bagi pelajar pergigian dan 4 tahun bagi pelajar bahasa arab dan syariah.

Sepanjang majlis berlangsung hati saya sebak dan sayu bila memikirkan mereka ini bakal pulang meninggalkan kami yang akan meneruskan perjuangan yang masih belum selesai.Terbayang raut wajah mereka yang penuh kecekalan,wajah yang sering mengukir senyuman yang menyenangkan buat kami.

Satu persatu wajah mereka saya renung.Cuba merakamkan wajah mereka buat kali terakhir agar kekal di ingatan saya.Wajah k.Noni saya renung penuh sayu,Dr gigi pertama saya di bumi Syam ini.Wajah k.Hetty saya tatap.Wajah yang sering membuatkan saya tersenyum setiap kali memandang.Wajah k.Faezah Mokhtar saya renung.Seorang senior yang sarat dengan nasihat.Pantas saya mengalihkan pandangan melihat wajah sahabat-sahabat seuniversiti saya.Wajah Azimah,Sabrina, Shafiqah,Hayati,Shaheera, Atiqah,Arikah saya renung sepuas-puasnya.Mereka inilah yang banyak menceriakan hari saya dengan senda gurau mereka,yang melegakan perasaan saya dengan sokongan dan dorongan mereka,yang mengingatkan saya dengan nasihat-nasihat penuh bermakna.Saya terus melebarkan pandangan melihat ke arah sahabat-sahabat ikip.Wajah Aini,Zakiah,Amirah saya tatap dalam-dalam.Menyemat rindu dan kasih yang tak berpenghujung.Tanpa saya sedari airmata mengalir perlahan-lahan dipipi saya.Sedih kerna bakal berpisah dengan mereka semua.Namun dalam masa yang sama,saya bangga dengan kejayaan mereka.Kejayaan mereka menjadi satu pendorong untuk saya terus melangkah meskipun payah.

Buat kalian semua,terima kasih di atas huluran persaudaraan antara kita.Kenangan bersama kalian tidak akan luput dari ingatan.Nasihat kalian akan saya jadikan bekalan buat saya meneruskan perjuangan yang masih berbaki 2 tahun ini.Semoga kalian mampu mencurahkan ilmu kalian untuk mengislah ummah melalui bidang kalian yang tersendiri.Jangan lupa doakan kami yang masih berada disini agar menjadi cemerlang seperti kalian atau lebih cemerlang lagi.Selamat pulang ke tanah air dan selamat berbakti untuk ummah.Doa kami mengiringi jejak langkah kalian.

Aku ingin kembali kepadaMu...

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah,hari ini masih lagi diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa tuk menghirup udaraNya.Masih mampu bernafas dengan kurniaanNya.Masih diberikan pelbagai nikmat dalam hidup ini.Tapi bagaimanakah kita mengambil setiap peluang yang Allah berikan ini??Bagaimana kita mensyukuri setiap nikmat kurniaanNya??Bagaimana kita melihat cintaNya dalam setiap pemberianNya??Adakah kita ini hamba yang bersyukur??@ kita ini hamba yang kufur nikmat??

Kita buat kesilapan demi kesilapan dalam hidup.Tapi Allah dengan sifat pengampunNya mengampunkan dosa kita.Adakala kita lalai dan lupa lalu ingkar dengan perintahNya.Tapi Allah dengan sifat penyayangNya kembali menyedarkan kita.Mengambil kembali diri kita untuk hampir kepadaNya.Adakala kita hanyut dalam kehidupan duniawi.Tapi Allah dengan kemuliaan sifatnya masih mengurniakan rahmat kepada kita.

Wahai diri,masihkah kau mahu menangguhkan taubatmu sehingga ajal menjemputmu??Wahai diri,masihkah engkau mahu mempertikaikan takdirNya ke atas dirimu??Wahai diri,masihkah engkau mahu mempersoalkan dugaan demi dugaan,ujian demi ujianNya setelah pelbagai nikmat Dia berikan kepadamu??Layakkah engkau wahai diri untuk merasa bongkak dan takabur dengan apa yang kau miliki hari ini??Sedangkan segala yang kau miliki hari ini adalah kurniaanNya.Kau mendabik dada dan merasa megah dengan kekuasaan yang kau miliki hingga terlupa pada pemilik segala kekuasaan.

Ya Allah,saat dan detik ini ku hadapkan wajahku kepadaMu.Mohon diampunkan segala dosa-dosaku.Aku mohon dilahirkan semula sebagai hambaMU.Aku mohon kekuatan untuk kembali kepada fitrahku.Aku mohon diberikan ketabahan untuk aku mencari cintaMu dan cinta mereka-mereka yang mencintaiMu.Aku mohon dipermudahkan segala urusanku.Aku mohon diberikan hati yang baru kerna hati yang aku miliki saat ini kering dan tandus.
Aku mohon diberikan kekuatan untuk aku menggapai redhaMu.Aku mohon kekuatan untuk aku menyusuri jalan yang penuh berliku dan onak duri kerna hanya jalan ini yang akan membawa aku kepadaMu.

Aku ingin menghapus dukamu..

Assalamualaikum warahmatullah...





Hari ini langit kelihatan mendung seakan-akan memahami jiwa yang sedang kesedihan ini.Angin bertiup membelai jiwa yang sedang kerunsingan.Ingatan melayang jauh ke bumi Malaysia.Namun,kali ini ingatan ini terlontar nun jauh ke bumi Kelantan.Ada insan disana yang ku harap bisa ku temui.Yang ingin kuseka airmatanya tika mengalir.Yang ingin aku jaga saat kesakitan.Yang ingin aku katakan aku ada disini untuk kamu.Sayangnya,jarak yang memisahkan aku dan dia menyukarkan aku untuk melakukannya.

Saat terdengar betapa sayunya suara dia menyatakan harapannya untuk bertemu denganku,
tanpa ku pinta hatiku menangis sendu.Saat terdengar ungkapan dia menyatakan rindu, tanpa sedar airmata mula bertakung ditubir mata.Aku lepaskan keluhan saat terdengar bicaranya.Bukan aku tidak mahu menunaikan hajatnya namun aku tak berdaya.Andai aku punya kuasa saat ini juga aku akan berada didepan matanya.Saat ini juga aku akan pulang bertemunya.

Saat ini hanya yang termampu kulakukan hanya berdoa padaNya agar menjaga dirinya.Ku seka airmata yang mengalir saat doa kulafazkan penuh pengharapan padaNya.Aku cuba untuk tabah disini tuk kamu.Bukan kamu tidak tahu aku jua ingin sekali bertemu mata dengan kamu.Tapi apa daya aku.Sabarlah menanti kepulanganku.Teruslah tabah menjalani kehidupan kamu kerna kamu selalu ada dalam hati dan doaku.Yakinlah bahawa Allah akan menemukan kita.Andai bukan di dunia ini nun di syurga andai layak menghuni.Kasihilah ku kerna cintamu pada Ilahi.Dan aku jua disini mengasihi kamu kerna cintaku padaNya. Semoga Allah redha dengan kasih dan ukhuwah yang terjalin ini.

Kita hanya insan fakir dan lemah

Assalamualaikum warahmatullah...


Pernahkah kita terfikir bahawa kita di dunia ini adalah fakir?Tentu ada yang hairan dengan kenyataan saya.Namun,itulah hakikat yang perlu kita sebagai hamba sedari.Kita ini sebenarnya tidak memiliki apa-apa di dunia.Kita tidak punya apa-apa,yang kita ada hanyalah Allah.Hatta insan-insan yang berada disekeliling kita ini jua bukanlah milik kita.

Firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam sebuah hadith Al-Qudsi:
Hai manusia,kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya.Oleh itu mintalah hidayah daripadaKu.

Hai manusia,kamu semua lapar,kecuali mereka yang Aku berikan makan.Oleh itu mintalah rezeki daripadaKu.

Hai manusia,kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian.Oleh itu mohonlah pakaian daripadaKu.

Segala apa yang dimiliki mahkluk hanyalah bersifat pinjaman dan majaz(kiasan).Segala sesuatu di alam ini semuanya adalah milik Allah dan DIAlah yang memiliki segala sifat kesempurnaan.Dengan sifat kesempurnaanNya seluruh mahkluk bergantung harap hanya kepadaNya.

Manusia,jika dia cerdik,bijak,pandai dan kaya,maka semuanya itu adalah dari Allah.Betapa ramainya manusia hari ini yang merasakan bahawa segala apa yang dia ada hari ini adalah hasil usaha dirinya semata-mata.Manusia lupa pada Allah yang mengurniakan segala kebaikan dan nikmat pada kita.

Saya terkesan dengan kata-kata sahabat saya Dr Haninah semalam.Dia kata,kita ini bila terima keputusan exam kita selalu rasa tidak cukup.Tak memadai.Tak setimpal.Kita rasa kerana kita study banyak maka kita layak dapat markah yang tinggi.Tapi kita lupa,Allahlah yang sebenarnya memberikan kita natijah tu.Allah boleh bagi berapa-berapa je yang Allah nak beri.Kalau kita usaha banyak pun tapi Allah nak bagi natijahnya sikit tetap boleh.

Allah tak pernah minta kita jadi yang terbaik tapi Dia mahu kita lakukan yang terbaik.Kerna bukanlah hasil dari usaha kita yang Allah mahu lihat tapi Allah mahu lihat usaha kita.Setelah banyaknya nikmat yang Allah berikan pada kita,layakkah kita untuk mempertikaikan segala ketentuan Allah pada kita.

Maka,saya suka memperingatkan diri saya dan anda semua bahawa apa yang kita miliki hari ini adalah kerna ihsan Allah.Kerna Allah mengasihi dan menyayangi kita.Oleh itu,ketika kita diberikan kelebihan berupa nikmat bersyukurlah.Ketika diberikan ujian maka sabar dan redhalah.Kerna kita di dunia ini fakir.Saya ulang sekali lagi FAKIR.Bukan miskin tapi FAKIR.Dan kerna fakirnya kita maka kita membutuhkan DIA dalam setiap saat kehidupan kita.

Dia Hadiah Dari Allah Buat Saya

Assalamualaikum warahmatullah...



Dia...seseorang yang saya tak pernah bersua muka dan bertentang mata.Perkenalan hanya bermula dengan sms,berlanjutan ke panggilan telefon.Dan bila saya jauh dari tanah air, hanya sms dan ym yang menjadi penghubung.Namun,saya merasa selesa dengan dia.Selesa berkongsi rasa saya dan selesa dengan sikap prihatin dia.Sesungguhnya dia sememangnya hadiah dari Allah buat saya.Allah ambil seseorang yang saya sayang.Namun,Allah gantikan dengan seorang teman seperti dia.Biarpun usia dia jauh lebih muda dari saya,seringkali kata-kata dia melegakan perasaan saya.

Baru-baru ini,selepas pulang dari bercuti di Syria,ada beberapa perkara yang menyedihkan saya berlaku.Sampai saya rasa lemah sangat-sangat.Kebetulan dia online,tanpa membuang masa saya terus meluahkan perasaan sedih dan kecewa saya.Dan dia,begitu sabar mendengar rintihan saya.Begitu setia memberikan dorongan dan semangat.Dia pesan supaya banyakkan bersabar dan berdoa.Malamnya,saya melepaskan perasaan saya puas-puas.Saya menangis kerana sakit yang tidak terperi saya rasakan.Akhirnya,saya mampu bertenang.Jiwa saya lapang.Betapa Allah tidak pernah menganiaya saya.Betapa kasihnya Allah pada saya.Allah bagi saya ujian kemudian Allah jualah yang membelai jiwa yang sakit itu.Malah,Allah hadirkan saya seorang teman seperti dia.Kasihnya Allah pada saya.Sehingga ketika ini,saya rasa terbuai dalam belaian kasih dan cinta Allah.

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada dia kerana setia dan sabar mendengar luahan saya.Unik bukan ukhuwah dan kasih sayang ini.Tercipta tanpa pertemuan di alam nyata. Namun,kerana Allah matlamat kita,kasih sayang itu berbunga subur.Menambahkan seri dalam hidup kita.Hadirnya dia mewarnai kanvas kehidupan saya dengan warna-warna ceria.Semoga Allah redha dengan ikatan hati ini.Semoga Allah sentiasa memelihara dia dan merahmati dirinya.Sahabat yang tidak pernah saya temui,namun saya kasih padanya.Terima kasih banyak-banyak buat insan yang bernama Radeeyah.

Category:   Leave a Comment
SYRIA bukti indahnya ukhuwah itu....

Assalamualaikum warahmatullah...



Alhamdulillah,Allah izinkan keinginan saya untuk berkunjung ke bumi Syria tercapai pada 24 Januari 2010 yang lalu.Tak mampu saya gambarkan bagaimana perasaan saya ketika Allah beri saya peluang itu.Apa yang lebih menyentuh hati saya,kunjungan saya ke bumi Syria tersebut di'support' oleh insan-insan yang pada saya istimewa dihati saya.Istimewa bukan kerana mereka 'support' saya,tapi istimewa kerana merekalah yang sering membantu saya,merekalah yang sentiasa peduli tentang kesusahan saya.Malah,ketika fikiran berkecamuk,marah membara dalam hati pada mereka saya meluahkan rasa.

Pengembaraan ke Syria yang mengambil masa 5 hari 4 malam itu terasa sangat singkat namun penuh bermakna.Pengembaraan ke sana sangat meriah pada saya.Bukan kerana apa tapi kerana adanya insan-insan yang menceriakan hari-hari saya.Saya sangat beruntung kerana Allah menganugerahkan mereka kepada saya.Harta saya yang tak ternilai.Tentu ada antara kalian yang tertanya-tanya siapalah yang sudi support saya bercuti ke Syria.Mereka adalah budak-budak NAILAH FARAFISHAH.Merekalah ERNA MADINA,SITI FATIMAH,NURUL SALWANI DAN NOR SAADAH.Merekalah yang sudi support saya ke Syria.Belanja sebanyak 80 dinar sepenuhnya disupport mereka.Duit makan dan beli belah sahaja yang saya keluarkan.Aduh,saya sangat terharu dengan mereka.Malah sepanjang perjalanan ke Syria mereka,ija(housemate merangkap sahabat baik) dan sabarina(juga sahabat saya) telah menceriakan hari-hari saya.Saya merasa sangat beruntung kerana dalam pengembaraan ini saya terasa betapa eratnya ukhuwah saya dengan mereka.Disini,saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhinggan kepada mereka.Semoga Allah redha dengan ikatan hati kita.Saya sangat sayang kalian kerana kalian anugerah yang mahal harganya dari Allah.Terima kasih Allah kerana KAU anugerahkan mereka kepadaku.

Selamat Bercuti...

Assalamualaikum warahmatullah...



Sekian lama blog ini terbiar sepi kerana ingin memberikan lebih tumpuan kepada imtihan yang dihadapi.Alhamdulillah,semalam(21/1/10) tepat jam 10.00 pagi waktu Jordan,saya telah berjaya menamatkan semester pertama dalam tahun kedua saya disini.Dan semalam,saya melihat 4 dari 5 maddah yang saya ambil pada sem lepas telah pun keluar markahnya. Alhamdulillah,keputusannya walau tidak sehebat mana namun saya sangat bersyukur.Saya telah berusaha melakukan yang terbaik meskipun dalam kondisi saya yang tidak stabil dari pelbagai sudut.Dan itulah natijahnya yang saya perolehi.Saya bersyukur dan redha. Itulah yang terbaik untuk diri saya yang telah Allah berikan.

Selepas saja selesai menjawab imtihan yang terakhir,dada menjadi sedikit lapang dan tenang.Satu tekanan telah saya lepasi dan masih terlalu banyak yang harus saya tempuhi dalam hari-hari yang bakal mendatang nanti.Semoga Allah terus memberikan saya kekuatan untuk melangkah menyusuri jalanNya.

Cuti telah pun bermula,masih terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.Cuti yang singkat dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan membuatkan saya tak rasa pun seperti bercuti.Tapi sekadar rehat seketika sebelum semester kedua yang lebih mencabar bermula.Ada plan macam-macam masa cuti ini,semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya.

Pada sahabat-sahabat Yarmouk,selamat bercuti.Pada sahabat-sahabat Just,Mesir dan yang sedang menghadapi imtihan selamat berimtihan.Moga Allah permudahkan kalian semua.Pada keluarga di malaysia,saya rindu sangat dengan kalian.Tersangat rindu sehingga sering terbawa dalam mimpi dua tiga minggu kebelakangan ini.Moga Allah memelihara dan melimpahkan rahmatNya keatas kalian.

Imtihan Nihaie-Doakan kami



Assalamualaikum warahmatullah.

Tidak lama lagi saya dan sahabat-sahabat seperjuangan akan menghadapai imtihan nihaie(final exam).Jantung saya berdegup kencang mengenangkan persediaan untuk final exam ini.Dan sekarang,masa saya akan banyak dihabiskan di maktabah(library)untuk saya mengulangkaji tanpa sebarang gangguan.Saya sertakan jadual saya sekadar 1 perkongsian dengan kalian.Buat semua pelajar-pelajar di bumi Jordan ini terutamanya kepada pelajar-pelajar YARMOUK dan Just,saya ucapkan SELAMAT BERIMITHAN.BITAUFIQ WANNAJAH FI KULLI IMTIHANAT.



13/1/10-MADKHAL ILA AQIDAH
14/1/10-FEQH IBADAH(2)
17/1/10-MAHARAT HAYATIAH
18/1/10-QAWAID LUGHAWIAH FI USUL FEQH(1)
21/1/10-I'JAZ AL-QURAN

2010

Assalamualaikum warahmatullah,

Tahun 2010 telah pun menjelma.Hadirnya tahun ini saya harap akan meningkatkan diri saya dari segala segi.Saya sangat bersyukur kerana 2010 ini,dimulai dengan perkara yang sangat bermanfaat pada saya.Semalam,seharian hari saya dihiasi dan diisi dengan perkara yang sangat berfaedah.Disebelah pagi,saya menghadiri sebuah program anjuran MMY yg bertajuk "MENITI PERHENTIAN TERAKHIR" yang merupakan kursus imam serta bilal dan pengurusan jenazah.Sudah terlalu lama saya mengimpikan kursus seperti ini dan alhamdulillah kursus ini membuka tirai tahun baru saya di bumi Jordan.Disebelah malamnya pula,saya ke rumah Haninah.Sudah terlalu lama rasanya saya tidak temu mata dan bertanya khabar berita.Semalam Allah beri keizinan dan kekuatan untuk saya ke rumah beliau walaupun dalam kepenatan.Namun,melihat senyum yang terukir dibibir dia saat menyambut kedatangan kami(saya & beberapa org junior saya) hilang segala kepenatan saya.Terasa aliran ukhuwah dan kasih sayang saat memeluk tubuh dia. Masyaallah,hebatnya dan nikmatnya ukhuwah yang Allah berikan pada kami.Semalam seharian saya merasakan jiwa saya terisi dengan makanan rohani.

2009 saya tinggalkan dengan penuh keazaman dalam diri.Saya mahu 2010 ini menjadi noktah bidayah untuk saya mengorak langkah menjadi hamba Allah yang sebenarnya.Saya bukan mahu menjadi hebat @ dikenali namun saya mahu saat saya dalam 2010 ini diisi dengan amalan-amalan yang mendekatkan saya dengan Rabb.Saya tutup buku 2009 yang penuh dengan nostalgia yang tersendiri dan semalam saya buku baru agar tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Pada saya 2009 ini,tahun yang sangat-sangat menguji saya.Terlalu banyak yang saya lalui dan saya belajar pada tahun 2009.Bila saya kata,saya tutup buku 2009 bukanlah bermakna saya melupakan apa yang saya alami dalam tahun 2009.Malah,apa yang saya dapat dalam 2009 itu saya jadikan pengajaran dan iktibar yang bermakna buat saya.Dan semalam,saya melangkah sebagai seorang yang baru dengan azam yang tersemat dihati.

Saya tinggalkan anda semua dengan salah 1 keazaman saya pada tahun 2010 ini."Andai semua orang terkeluar dari jalan ini,aku akan tetap berada diatas jalan ini meskipun aku sendirian".Semoga Allah menetapkan hati & langkah kaki saya diatas jalanNya yang saya yakini benar & betul.Kerna jalan inilah satu-satunya jalan yang saya yakini akan menyelamatkan saya dari hanyut dengan kemewahan dan keseronokan dunia.Semoga tahun ini,saya penuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan saya mahu menghabiskan usia remaja saya dengan perkara-perkara yang boleh membangunkan ummah.Semoga Allah membantu saya.Saya tidak kisah saya nampak tua hanya kerana saya berusaha membuat sesuatu untuk membantu ummah.Saya mohon agar kalian mendoakan saya.