Cinta Itu 1 Anugerah Allah

Assalamualaikum warahmatullah...

Sudah lama rasanya saya tidak meninggalkan jejak di blog ini.Dihambat kesibukan belajar dan amanah-amanah yang terpikul dibahu menjadikan blog ini sepi seketika dari jejak saya.Post saya pada kali ini akan menyentuh tentang cinta.Mungkin ramai pembaca tertanya-tanya kepada saya secara tiba-tiba menyentuh soal ini.Saya sebenarnya bukanlah orang yang berpengalaman untuk berbicara soal ini.Namun,apa yang saya utarakan dalam post kali ini lebih kepada pandangan saya tentang cinta.Saya tulis post cinta kali ini bukan kerana saya dilamun cinta.Tetapi kerana saya melihat cinta manusia pada hari ini semakin rendah nilainya.

Bila menyebut tentang cinta,apakah yang terbayang dibenak kalian para pembaca sekalian?Apakah maksud cinta itu pada kalian semua?Pada saya,cinta itu terlalu abstrak untuk dimengertikan.Terlalu meluas maknanya.Cinta pada Allah itu cinta,cinta pada rasul itu cinta,cinta pada ibubapa dan keluarga serta sanak saudara itu cinta,cinta pada sahabat itu juga cinta,cinta pada alam dan haiwan itu juga cinta malah ada satu cinta yang saya pasti akan terlintas dibenak kalian bila berbicara mengenai cinta iaitu cinta seorang lelaki/perempuan terhadap perempuan/lelaki.

Namun,apa yang saya ingin perkatakan disini adalah bagaimana cinta itu disalurkan dan kepada siapa cinta itu tertumpah?Terlalu ramai kenalan saya yang terjebak dengan masalah berkaitan cinta ini.Hari ini,kita melihat masalah tentang cinta ini semakin diperkatakan.Seolah-olah kita diciptakan ke dunia ini untuk tujuan itu.Bukahkah Allah telah menyatakan dengan jelas dalam kitab suci al-quran,tujuan kita diciptakan ke dunia ini adalah untuk beribadah kepadaNya.

Tapi ini tidak bermakna saya menolak hakikat bahawa cinta itu perlu dalam kehidupan kita.Macam yang saya katakan sebelum ini,cinta itu meluas.Bukan hanya sesama manusia sahaja.Namun,topik ini mungkin lebih menjurus kearah cinta sesama manusia.Perlu kita ingat bahawa cinta ini adalah 1 anugerah dari Yang Maha Esa kepada kita hamba-hambaNya.Sama ada kita sedar @ tidak kita lahir kedunia ini pun kerana adanya cinta antara ibu dan ayah kita.Kita ini adalah bukti cinta sebenarnya.

Realiti hari ini sebenarnya amat menyedihkan saya.Masalah cinta anta anti semakin hebat diperkatakan.Satu ketika dahulu saya tidak pernah terpikir akan wujud masalah cinta anta anti ini.Tetapi apabila melihat realitinya hari ini hati saya rasa sebak dan sedih yang tidak terkira.Anda tahu apakah yang membuatkan saya jadi sedih dan sebak???Kerana rata-rata mereka yang terjebak dalam masalah ini adalah mereka yang tahu akan hukum hakam.Yang rata-ratanya adalah pelajar-pelajar jurusan agama.Menyedihkan bukan apabila mereka-mereka yang menjadi harapan ummah ini terlalai dan hanyut dengan nafsu.

Saya menulis post ini bukan kerana saya membenci mereka namun kerana saya menyayangi mereka.Ada beberapa kenalan yang sangat saya sayangi terjebak dengan masalah ini.Dalam post nie,saya x mahu menyatakan bahawa hukum berkapel @ dating dan sebagainya.Sebab saya yakin anda semua tahu.Namun,apa yang saya ingin perkatakan adalah,pernah anda semua terfikir kenapa Allah melarang semua perkara tersebut.Pernah terfikir???Jika anda tidak pernah terfikir maka mulalah untuk berfikir tentang persoalan ini.

Saya dahulunya pernah dinasihatkan supaya sentiasa menjaga diri dari terjebak dengan masalah cinta.Bila ada orang yang berkata begitu maka saya kembali mempersoalkan kepada dia kenapa tidak boleh?Adakah cinta itu salah?Namun jawapan yang saya terima sangat mendukacitakan saya.Jawapannya kerana Allah suruh..Ye!Saya tahu bahawa Allah yang melarang perkara tersebut tapi apakah relevennya?Itu yang saya mahu tahu.

Saya tidak menemukan jawapannya secara direct.Namun,saya menemui betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita.Kenapa saya kata begitu,kerana Allah menurunkan bersama cinta itu panduan agar kita tidak terpesong dalam mengendalikan cinta kita.Tapi,berapa ramai yang mengambil panduan yang Allah turunkan ini???

Pernahkah anda semua terfikir bagaimana jalan raya tanpa peraturan dan lampu isyarat?Mungkin sahaja akan berlaku kacau bilau dan perlanggaran bukan?Samalah keadaannya dengan cinta.Cinta yang dipandu @ dikendalikan tanpa mengikut pandua dan peraturan yang Allah turunkan pasti akan membawa kepada kemusnahan.

Mungkin ada yang mempertikaikan apa yang saya katakan ini.Namun,layakkah anda untuk mempertikaikan segala hukum yang Allah turunkan.Sedangkan Allah yang menciptakan kita.Tentu saja DIA lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.Kerana itulah Allah menurunkan Al-Quran sebagai pedoman dan Allah turunkan rasul sebagai CONTOH TELADAN yang terbaik buat kita.Tapi sejauh mana kita mengambil perhatian tentang ini?Sejauh manakah kita peduli tentang semua ini?

Saya pernah bertanya kepada seorang kakak kenapa manusia ini seringkali melakukan maksiat sedangkan dia tahu perkara itu salah...Jawapan yang saya terima adalah NAFSU!!!Ye!Nafsu.Itulah jawapannya.Kita tidak mampu mengekang gelojak nafsu yang membara dalam jiwa kita lalu jadilah kita hamba nafsu.Segala ilmu yang kita ada bagai tiada guna kerana nafsu telah menguasai kita.Maka,kawallah nafsumu bukan kamu yang dikawal oleh nafsu...Peringatan buat diri sendiri jua..Bimbang jua andai diuji untuk membuktikan kata-kata saya ini.Moga Allah melindungi saya dan anda semua.

Bagi yang telah terjebak,saya nasihatkan kembalilah ke pangkal jalan.Bagi yang belum terjebak,peliharalah diri kalian dan jangan pernah cuba untuk menghampiri.Bagi yang hampir-hampir terjebak,bermujahadahlah dalam mengawal nafsu kalian.Saya doakan agar kita semua berjaya keluar dari masalah ini.Ya Allah,pelihara dan lindungilah kami dari melakukan maksiat kepadaMu,Peliharalah kami dari melakukan laranganMu,berikanlah kami kekuatan untuk melaksanakan suruhanMu.Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu dengan rahmatMu.Ameen.

Peliharalah anugerah yang telah Allah kurniakan ini.Jangan kita cemari cinta yang suci ini dengan kotoran-kotoran maksiat dan dosa.Jangan biarkan cinta kita kepada manusia melebihi cinta kita kepada Yang Esa.Jangan hanyut dengan cinta manusia sehingga kita lalai mencintaiNya.DIAlah pemilik cinta abadi.Cinta kepadaNya kita tak kan pernah terluka apatah lagi kecewa merana.Cinta kepadaNya membuatkan kita damai dan bahagia.Tanpa ada keluh kesah dan derita jua airmata kecewaan.Yang ada hanya bahagia dan airmata penuh kerinduan dan kegembiraan.Sandarkanlah rasa cinta kita kepadaNya agar kita sentiasa dalam redhaNya.

Category:  
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply