Assalamualaikum warahmatullah...
Aku....
Sememangnya sahabat yang tidak sempurna
Tak mampu menjadi sahabat yang baik
Jauh sekali tuk menjadi setia
Pada perkiraanku
Sahabat....
Masih ingatkah kamu
Bicara yang pernah aku tuturkan dahulu
"Aku mungkin sahaja akan menyakiti kamu
Dengan tindakan dan perkataanku"
Namun,tahukah kamu
Jauh di sudut hatiku
Berbisik bicara sayang dan rindu
Buat kamu
Berat beban perasaan yang ku tanggung
Mungkin padamu
Berat lagi apa yang kamu rasakan
Mungkinkah kita tidak seharusnya dipertemukan?
Wajarkah bicara itu aku lontarkan
Saat beban rindu kian merasuk jiwa?
Aku sedar...
Tindakanku melukakan hatimu
Malah kerana aku
KERANA AKU
kamu kian jauh dariku
Aku tidak pernah
Sama sekali meletakkan beban kesalahan ini
Dibahu kamu
Kerana
Andai wujudnya penghakiman
Akulah insan yang berhak
Dijatuhkan hukuman
Sahabat....
Maafkan aku
Melukakan hatimu
Dengan tindakan-tindakanku
Membiarkan kamu merindu
Saat bisunya bicaraku
Sungguh...
Aku tidak berdaya
Aku sayangkan kamu
KeranaNya
Biarpun tidak mampu
Tuk aku zahirkan
Segala yang ku rasai..
Maafkan aku sahabat...
Kerna tidak bisa menjadi sahabat yang terbaik buat kamu....
Ya Allah,peliharalah sahabatku & redhailah setiap langkah dan detik hidupnya...Temukan kami dalam syurgaMu yang tertinggi...Ya Rabb,kabulkan permintaanku ini...Ameen...
p/s:sungguh hati ini merindui sahabatku...